Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM

Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM
link : Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM

Baca juga


Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM

Johari berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program membolehkan anggota tentera yang sedang berkhidmat dan veteran memiliki rumah dengan harga berpatutan. ― Foto BernamaJohari berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program membolehkan anggota tentera yang sedang berkhidmat dan veteran memiliki rumah dengan harga berpatutan. ― Foto BernamaMUAR, 30 Mac ― Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di hati Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum kerana pengalaman hidup ketika zaman komunis dan darurat  dahulu.

Beliau berkata kehidupan di kawasan sempadan sekitar Kedah pada 1960-an mengajar  dirinya menghargai pengorbanan anggota ATM apabila melihat sendiri keperitan pasukan itu menghadapi  ancaman komunis selain ramai yang terkorban demi mempertahan negara.

Justeru itu, beliau dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sering berbincang serta merancang pelbagai pelan bagi melaksana pelbagai inisiatif menjaga kebajikan veteran ATM sebagai mmenghargai jasa anggota veteran ATM dalam mempertahan keamanan negara.

“Di hutan Sintok, saya tengok anggota (ATM) kena serang hendap komunis...saya tinggal di pekan Changlun dalam kawasan berpagar duri, pasukan tentera jaga kami semua. Jadi, saya amat menginsafi pengorbanan anggota tentera ini.

“Saya tahu betapa susahnya anggota ATM menjaga keselamatan rakyat dan negara. Tanpa apa yang mereka korbankan dahulu, kita tidak akan mengecapi apa yang kita ada sekarang, malah negara tidak akan membangun seperti sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Johari menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 penerima yang terdiri daripada veteran ATM dan balu mereka yang tinggal di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program seperti Satu Rumah Satu Anggota yang membolehkan anggota tentera yang sedang berkhidmat dan veteran tentera memiliki rumah dengan harga berpatutan.

“Kita lihat apabila anggota tentera bersara, mereka tidak mempunyai rumah...kita putuskan jual 70 peratus daripada rumah ini kepada anggota sedang berkhidmat dan 30 peratus lagi kepada yang telah bersara.

“Selain itu, kita akan sediakan lima poliklinik untuk anggota tentera dan veteran tahun ini, malah kita sediakan hospital, doktor sendiri...ini buktikan kerajaan amat prihatin,” katanya. ― Bernama



Sumber Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM


Demikianlah Artikel Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM

Sekianlah artikel Hidup zaman komunis buat Johari hargai ATM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: