Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’

Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’ - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’
link : Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’

Baca juga


Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’

Tan Sri Dr Rais Yatim mahu istilah baru bahasa Melayu mencari perkataan sekitar Nusantara sebelum meminjam istilah bahasa Inggeris. — Foto AFPTan Sri Dr Rais Yatim mahu istilah baru bahasa Melayu mencari perkataan sekitar Nusantara sebelum meminjam istilah bahasa Inggeris. — Foto AFPMUAR, 29 Mac — Perubahan bahasa Melayu yang menjadi mirip atau ‘berbunyi’ bahasa Inggeris akibat penggunaan perkataan pinjam perlu dikawal bagi memastikan bahasa kebangsaan itu kekal sebagai sebuah cerminan bangsa Malaysia.

Penasihat sosiobudaya kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata dalam usaha ini, pengistilahan sesebuah perkataan untuk bahasa Melayu perlu penelitian rapi, termasuk mencari perkataan yang lebih sesuai daripada bahasa di Nusantara, sebelum pinjaman daripada bahasa Inggeris dibuat.

“Kita mengandungi elemen pak turut yang terlalu tinggi, kita punyai pendirian yang boleh kita kritik iaitu kononnya apa sahaja yang berupa atau mirip bahasa Inggeris kita rasa megah, jadi lama kelamaan kita sendiri menukar istilah kita kepada Inggeris.

Soalnya daripada pembinaan bangsa negara apabila jadi nanti orang tidak akan lagi belajar bahasa Melayu di Malaysia, mereka akan kata lebih baik kami belajar di Indonesia sebab di sana bahasa Indonesia diucapkan secara harian dan tidak mirip pembahasaan Inggeris hari demi hari,” katanya di sini hari ini.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kesihatan Hab Pendidikan Pagoh anjuran UIAM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Politeknik Tun Syed Nasir, yang turut dihadiri Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.

Memberikan contoh, Rais berkata pengistilahan perkataan bahasa Melayu ‘hab’ daripada perkataan bahasa Inggeris ‘hub’ sepatutnya tidak dilakukan kerana bahasa Melayu mempunyai perkataan yang lebih sesuai iaitu ‘pusat’ untuk pengistilahan tersebut.

Justeru, beliau berkata pihak pembuat dasar yang terlibat terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); dan Kementerian Pendidikan perlu memainkan peranan memperbetul isu ini supaya keutuhan bahasa Melayu itu dapat dijaga bagi diwarisi generasi seterusnya.

Katanya sesuai dengan perkembangan semasa, bahasa Melayu perlu berkembang sebagai sebuah bahasa perdagangan komersial yang digunakan secara meluas dan tidak kekal sebagai bahasa budaya atau alat komunikasi harian semata-mata.

“Kita boleh melahirkan pelbagai pihak yang menjadikan bahasa sebagai bahan dagangan yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang kuat, misalnya perbankan bahasa Melayu berkembang tetapi kita tidak beri penekanan cukup kerana istilahnya masih banyak Inggeris.

“Saya menaruh keyakinan kita boleh maju lagi dalam bidang pengajaran bahasa... di Beijing, China bahasa Melayu dan Indonesia berkembang hebat tetapi kalau peruntukan tempatannya tidak cukup ia akan menjadi pengajian fakulti, tidak menjadi pengajian ekonomi berkaitan bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata sikap tegur menegur perlu menjadi budaya dalam masyarakat bagi  memastikan masyarakat itu menjadi lebih baik dan percambahan idea daripada teguran itu mampu  menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kita harus membuat pendirian sebegitu tetapi caranya mesti lunasnya diterima, tak boleh kurang ajar, guna bahasa kesat atau kaedah di luar agama kita, ini harus diterima supaya generasi akan datang mampu menyumbang kepada Malaysia menjadi negara hebat,” katanya. — Bernama



Sumber Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’


Demikianlah Artikel Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’

Sekianlah artikel Kawal istilah bunyi Inggeris, DBP jangan jadi ‘pak turut’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: