Anak Rita Rudaini minat berlakon

Anak Rita Rudaini minat berlakon - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anak Rita Rudaini minat berlakon, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anak Rita Rudaini minat berlakon
link : Anak Rita Rudaini minat berlakon

Baca juga


Anak Rita Rudaini minat berlakon

BIARPUN sering dipujuk, Rita Rudaini tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan anak-anaknya berlakon buat masa ini.

Selebriti berusia 41 tahun ini mahu dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, memberi tumpuan terhadap pelajaran.

“Sebenarnya, anak sulung saya Rayyan selalu tanya bila nak berlakon. Saya cakap susah nanti. Tapi, dia kata kanak-kanak lain boleh saja berlakon.

“Dia minat berlakon. Tapi, tak apalah, tunggu habis sekolah dulu. Nanti dah besar, saya fikirkan lagi fasal ini,” katanya pada Sinar Harian ketika ditemui selepas pelancaran program Oh My Family!.

Menurut Rita, anak-anaknya juga seorang yang aktif menjayakan persembahan pentas di sekolah, sangat gemar menonton filem dan berminat dalam bidang muzik.

“Tak kisahlah cerita Melayu atau Inggeris. Semuanya mereka akan layan. Saya bawa menonton filem Bisik Pada Langit dan Lee Chong Wei: Rise Of The Legend. Mereka boleh menangis.

“Bayangkan, umur sekecil ini tapi mereka dah faham dan boleh menghayati serta menjiwai watak dengan cukup baik," katanya.

Mengenai pembabitan dalam program realiti, Oh My Family!, Rita mengakui pengisian rancangan tersebut berbeza daripada drama mahupun telefilem.

Katanya, program tersebut memberi pendedahan mengenai kehidupan seharian sekali gus menguji mental dan fizikal masing-masing.

“Ini ialah rancangan realiti dan mereka bukannya berlakon.

“Kalau sekadar program seperti ini, saya tak ada masalah kerana kandungannya juga bagus untuk perkembangan minda,” katanya.

Mengulas lanjut, cabaran yang dihadapi dua anak lelakinya ialah tinggal seorang diri di rumah sekali gus membuatkannya gelisah.

“Selama ini kalau saya keluar shooting sekalipun, anak-anak memang tak pernah dibiarkan seorang diri. Sekurang-kurangnya, akan ada seorang dewasa yang menjaga mereka.

“Cabaran mereka ialah mengemas dan membersihkan rumah selain membuang tahi kucing.

“Semuanya mereka tak pernah buat. Lagipun, disebabkan mereka lelaki, saya pun tak yakin dengan hasilnya nanti (ketawa). Alhamdulillah, mereka mampu melakukan sebaik mungkin,” katanya.

Selain keluarga Rita, Oh My Family!  turut menampilkan gelagat anak-anak Datuk Aaron Aziz, Datuk Fazley Yaakob, Aziz M Osman dan Azad Jazmin.

Ia bakal bersiaran di saluran Astro Ria (104),Astro Ria HD (123) dan Astro Ceria (611) pada setiap Rabu, jam 9 malam bermula 11 April depan.



Sumber Anak Rita Rudaini minat berlakon


Demikianlah Artikel Anak Rita Rudaini minat berlakon

Sekianlah artikel Anak Rita Rudaini minat berlakon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: