“Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee

“Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee
link : “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee

Baca juga


“Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee

JURULATIH skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee enggan menyalahkan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli yang menjaringkan gol sendiri sehingga menghadiahkan kemenangan buat Thailand pada final di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Menurut Kim Swee, kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39 boleh terjadi kepada mana-mana pemain.

“Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.

Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.

Menurut bekas pengendali kebangsaan itu, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas.

“Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.

“Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini. Kita membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan rantau ini,” kata Kim Swee.

Hujan yang turun sebaik permainan bermula seakan memberi petanda malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan.

Meskipun Thailand memperlihatkan penguasaan pada babak pertama namun mereka masih sukar untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah sehinggalah kesilapan Haziq ketika mengeluarkan bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon.

Gol sendiri itu sudah cukup memalit derita buat anak buah Kim Swee yang cuba bangkit pada separuh masa kedua namun sukar untuk menembusi benteng Thailand.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee


Demikianlah Artikel “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee

Sekianlah artikel “Tak boleh salahkan Haziq, ia situasi sukar buatnya” – Ong Kim Swee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: