“TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir

“TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir
link : “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir

Baca juga


“TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir

Walau apa juga alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan kadar tarif elektrik, perkembangan terbaharu ini akan terus menekan dan menyebabkan rakyat marah.

Nazir Hussin Akhtar Hussin

Malah kata Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP) Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin, kenaikan itu juga sekali gus akan menjejaskan peluang BN pada PRU14 kelak.

Menurut Nazir, kenaikan kadar tarif elektrik ini akan menjadi bom jangka kemarahan rakyat yang berasa mereka terus ditekan.

“Kesan kemarahan itu bukan kepada TNB yang mencatatkan keuntungan bersih berbilion ringgit setiap tahun, tetapi kepada kerajaan BN.

“Apabila kita melihat kepada laporan bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016 TNB, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada RM26.8 bilion daripada RM25.7 bilion untuk tempoh sama tahun sebelumnya manakala perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pula mencatatkan RM6.99 bilion berbanding RM6.41 bilion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah menurut Nazir Hussin, TNB turut mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM5.58 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2016 meningkat 6.3 peratus berbanding RM5.25 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai ura-ura TNB dikatakan mahu menaikkan kadar tarif elektrik.

“TNB memberi alasan kenaikan kadar itu disebabkan semakan semula tarif elektrik kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Walaupun apa juga alasan yang diberikan TNB itu, sebarang kenaikan akan menjejaskan pengguna yang semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, HELP menggesa kerajaan supaya menolak cadangan kenaikan tarif elektrik TNB dan mencari kaedah terbaik kepada rakyat negara ini agar dapat menikmati kemudahan elektrik ini dengan kadar yang lebih efisyen.

“TNB tidak pernah belajar daripada pengalaman apabila berlaku kesan rantaian (chain effect) daripada kenaikan tarif itu menyebabkab kos perbelanjaan  isi rumah turut meningkat.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir


Demikianlah Artikel “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir

Sekianlah artikel “TNB bakal naikkan tarif elektrik, peluang UMNO dalam PRU14 makin tipis” – Nazir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: