Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang
link : Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

Baca juga


Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

Seorang penumpang warga Australia yang menaiki penerbangan AirAsia X D7237 mempertahankan syarikat penerbangan tambang rendah itu dan juruterbangnya yang mendapat kecaman berhubung insiden pendaratan cemas baru-baru ini.

Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

 

Penumpang yang merasai pengalaman itu semasa dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur memberitahu syarikat penerbangan dan juruterbang itu tidak seharusnya dipersalahkan di atas insiden yang berlaku, sebaliknya wajar diberi pujian.

Madeline Wright, 15, berkata, AirAsia dan juruterbang telah melakukan yang terbaik untuk memastikan kesemua yang menaiki penerbangan itu selamat dan tenang semasa dan selepas insiden berkenaan.

“Saya sakit hati bila ramai yang mengkritik juruterbang kerana memberitahu kami supaya berdoa, malah ada yang meminta dia dibuang kerja,” tulis Madeline di Facebook pada Selasa.

“Konteks yang penuh adalah ‘semuanya dalam keadaan terkawal di kokpit. Jika anda mahu berdoa, ia turut membantu’,” katanya sambil menambah bahawa tindakan juruterbang meminta penumpang untuk berdoa merupakan cara untuk menenangkan mereka.

Madeline yang ketika itu dalam penerbangan untuk bercuti bersama keluarga di Vietnam menegaskan bahawa juruterbang telah membuatkan mereka berasa selamat dan memberikan maklumat yang mencukupi kepada penumpang.

“Dia (juruterbang) bercakap dengan yakin semasa kejadian dan memberikan kami harapan, saya amat berterima kasih kepadanya,” katanya.

Madeline turut membidas kritikan segelintir pihak terhadap insiden yang berlaku pada penerbangan tambang rendah AirAsia, dengan menjelaskan bahawa masalah teknikal yang tidak dijangka boleh berlaku kepada mana-mana syarikat penerbangan.

“Punca insiden bukan disebabkan kami dan penumpang lain membayar lebih rendah untuk menaiki penerbangan. Kami tidak membayar lebih rendah untuk masalah teknikal, kami membayar lebih rendah kerana penerbangan tanpa peranti elektronik, makanan dan ruang kaki yang lebih besar,” katanya.

Pesawat yang membawa kesemua 359 penumpang dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas satu jam dan 30 minit akibat masalah teknikal.

Penumpang dilaporkan memberitahu bahawa pesawat Airbus A330 tersebut bergegar seperti ‘mesin basuh’.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 10 pagi Ahad dan kesemua mereka menaiki penerbangan seterusnya pada pukul 11.40 malam hari yang sama.

AirAsia X dalam satu kenyataan pada Isnin memberitahu, ia sedang menjalankan siasatan bersama pengeluar enjin Rolls-Royce berhubung punca kejadian.

Tambahnya, ia turut bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa penerbangan di negara itu.

Sumber: Mstar



Sumber Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang


Demikianlah Artikel Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang

Sekianlah artikel Menteri kritik juruterbang minta penumpang berdoa, penumpang pula pertahankan juruterbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: