Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya

Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya
link : Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya

Baca juga


Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya

‘Permainan’ yang mencabar pasangan suami isteri berkongsi gambar dengan gaya dan aksi umpama sedang berdansa akhirnya telah memilih pemenangnya.

Gambar seorang lelaki mengangkat kedua-dua isteri dengan masing-masing menggunakan sebelah tangan menjadi pilihan ‘juri’ dalam kalangan netizen.

Dengan hampir 10,000 tanda suka (like), pemilik gambar yang berasal dari Segamat, Johor, Mohd Fhairul Azizzy Ramli, 32, diisytiharkan sebagai pemenang.

Mohd Fhairul berkata, dia tidak menyangka gambarnya bersama isteri-isterinya menjadi pilihan netizen kerana ia diambil secara spontan pada hari raya kedua.

“Saya sedang berniaga bersama isteri-isteri semasa menerima mesej daripada seorang rakan yang menyarankan saya menyertai cabaran ini.

“Saya memang pantang dicabar, jadi tak sampai lima minit, saya mengambil gambar dan kongsikan di Facebook. Alhamdulillah kami menang, terima kasih kepada semua yang ‘like’ gambar saya,” katanya kepada mStar Online.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan satu ‘permainan’ yang dianjurkan pengguna Facebook ‘Norman Dansh’ pada Ahad lalu bagi memperlihatkan keberanian dan ‘sporting’ pasangan suami isteri bagi menghargai pasangan masing-masing.

 

Disebabkan gelagat secara spontan mereka, pengusaha restoran ini tidak sempat bergambar dalam persalinan baju Melayu dan baju kurung bagi membangkitkan suasana sambutan Aidilfitri.

Menurut Mohd Fhairul, selepas gambarnya tersebar, ramai yang menghantar mesej di Facebook bertanyakan sama ada kedua-dua wanita di dalam gambar adalah isterinya kerana mereka dikatakan seiras, malahan ada segelintir lelaki meminta tips perkahwinan.

“Mereka memang isteri saya kebetulan muka hampir sama, itu pilihan dan citarasa saya. Kalau kita mahu dilayan isteri seperti raja, layanlah isteri kita seperti permaisuri.

“Macam mana saya boleh angkat mereka berdua, mungkin kerana saya amalkan minuman kesihatan untuk menguatkan tenaga batin,” katanya secara berseloroh.

 

Sementara itu, penganjur ‘permainan’, Norman Daud berkata, sehingga kini lebih 100 gambar pasangan suami isteri dengan aksi seperti berdansa yang diterimanya.

Katanya, pemenang cabaran #gambarrareraya itu memenuhi kriteria gambar bersama isteri dengan gaya yang dikehendaki, selain mendapat undian tertinggi.

Ditanya mengenai ganjaran buat pemenang, Norman berkata, kemungkinan pemenang akan diberikan ‘hadiah raya’ daripada pihaknya.

“Bagaimanapun, saya mengalu-alukan kepada orang ramai yang sudi menaja hadiah buat pasangan ini,” katanya.

Menurut anak kelahiran Mukah, Sarawak ini, pada awalnya ia dibuat secara suka-suka tetapi tidak menyangka cabaran yang dibuat mendapat sambutan memberangsangkan.

“Ada yang memuji, ada juga mengecam kata gambar-gambar tersebut tak wajar dikongsi buat tatapan umum walaupun mereka suami isteri,” katanya sambil memohon maaf kepada pihak yang menyifatkan tindakannya itu keterlaluan.

Bagaimanapun kata Norman, dia tidak serik untuk menganjurkan permainan atau pertandingan seumpamanya tetapi perlu mencari kelainan pada masa akan datang.
Sumber: MStar



Sumber Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya


Demikianlah Artikel Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya

Sekianlah artikel Lelaki dukung 2 isteri juara #gambarrareraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: