Eropah diserang serangan siber besar-besaran

Eropah diserang serangan siber besar-besaran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Eropah diserang serangan siber besar-besaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Eropah diserang serangan siber besar-besaran
link : Eropah diserang serangan siber besar-besaran

Baca juga


Eropah diserang serangan siber besar-besaran

BEBERAPA syarikat antarabangsa di Eropah menjadi sasaran serangan siber besar-besaran hari ini yang bermula di Russia dan Ukraine sebelum tersebar ke barat Eropah.

Syarikat perkapalan Denmark, Maersk; syarikat pengiklanan Britain, WPP dan kumpulan perindustrian Perancis, Saint-Gobain dilanda serangan siber namun mereka sudah mengambil langkat bagi mengelak kehilangan data.

Pusat Laporan dan Analisis Switzerland untuk Jaminan Maklumat (MELANI) pula melaporkan serangan siber ‘ransomeware’ yang dikenali sebagai Petya dipercayai kembali semula dan menjejaskan beberapa rangkaian komputer di Ukraine, Russia, England dan India.

“Terdapat petunjuk hari ini bahawa Petya kembali menular dan mengeksploitasi kelemahan ‘Server Message Block’ (SMB),” katanya.

Katanya, setakat ini, ia tidak mempunyai maklumat syarikat di Switzerland yang terjejas namun masih memantau keadaan.

Virus Petya dikenal pasti menjejaskan rangkaian komputer pada 2016.

Di Ukraine, serangan siber dilaporkan menjejaskan lapangan terbang utama di Kiev menyebabkan penangguhan beberapa penerbangan, kata pengendali lapangan terbang itu, Boryspil.

Kerajaan Ukraine turut berkata, Kementerian Infrastruktur, Perkhidmatan Pos, syarikat telefon terbesar negara itu serta beberapa bank turut diserang virus Petya.

Sementara itu, agensi keselamatan nasional Norway berkata, serangan siber turut sedang berlaku dan menjejaskan syarikat antarabangsa di negara itu.

“Kami mendapati serangan ransomware sedang berlaku. Hanya satu syarikat antarabangsa terjejas di Norway,” kata jurucakap pihak berkuasa itu yang enggan memberi nama syarikat itu.

Virus ransomware menyerang sistem komputer menerusi e-mel yang dikirimkan kepada pengguna.

Sebaik pengguna membuka laman web dalam e-mel itu, virus berkenaan akan terus membuatkan sistem komputer menjalankan kod ransomware.

Virus ransomware kemudiannya akan menyulitkan fail penting dan meminta bayaran tebusan untuk melepaskan semula fail tersebut.

Mei lalu, serangan ‘ransomware’ Wannacry merebak ke kira-kira 150 negara termasuk sekurang-kurangnya 12 kes dikesan di Malaysia.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Eropah diserang serangan siber besar-besaran


Demikianlah Artikel Eropah diserang serangan siber besar-besaran

Sekianlah artikel Eropah diserang serangan siber besar-besaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: