Judul : Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman...
link : Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman...
Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman...
SELEPAS 20 tahun menanti, pengantin baru, Khairul Mizan dan Suriati Mohd disatukan pada majlis perkahwinan beramai-ramai, hari ini.
Khairul Mizan, 44 dan Suriati, 46, antara 24 pasangan yang dinikahkan di Masjid Sultan Ahmad, Kuantan.
Suriati yang juga ibu tunggal dan mempunyai dua anak berusia 10 dan 15 tahun berkata, mereka mula mengenali satu sama lain pada tahun 1999, namun hubungan cinta mereka terhenti kerana dia berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga.
Jurujual produk kecantikan berasal dari FELDA Chini Timur Tiga, Pekan itu yang bergelar ibu tunggal sejak lapan tahun lalu berkata, dia tidak menyangka bertemu semula Khairul Mizan lima bulan lalu menerusi media sosial.
“Mungkin jodoh saya dengan dia memang kuat…saya seolah bermimpi dan tidak percaya apabila selepas 20 tahun terpisah, akhirnya saya dan Khairul Mizan Mohamad, 44 disatukan dalam majlis yang begitu meriah dan bermakna hari ini.
“Saya terharu dengan keikhlasan hati suami yang sanggup menerima saya walaupun berstatus ibu tunggal. Dia insan yang bukan sahaja setia tetapi juga kuat kesabaran dan ikhlas dalam percintaan terutama apabila sanggup menunggu begitu lama.
“Namun takdir yang menentukan segalanya. Kami bersyukur episod mahligai selepas 20 tahun terpisah menjadi kenyataan hari ini,” katanya.
Program majlis perkahwinan beramai-ramai itu adalah anjuran Nazz Boutique & Bridal House dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).
Suriati juga berharap perkahwinan kali kedua bersama Khairul Mizan yang bekerja sebagai pembantu kedai makan akan kekal bahagia hingga akhir hayat.
Sementara itu, Kadi Kuantan, Abdul Mohd Zaki Md Zin yang menikahkan semua 24 pasangan pada majlis itu berkata, program kahwin beramai-ramai itu dapat membantu pasangan mendirikan rumah tangga tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar hingga membebankan mereka.
Beliau berkata, setiap pasangan hanya perlu membayar RM3,000 kepada penganjur, semua kelengkapan seperti pakaian termasuk jamuan untuk ahli keluarga disediakan di Dewan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Kuantan.
“Program berkenaan perlu terus diadakan setiap tahun bagi membantu pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuantan sedia memberi bantuan.
Kemudahan disediakan penganjur dilihat memuaskan dan majlis berkenaan menjadi bertambah berseri dengan kehadiran ahli keluarga pengantin,” katanya.
Gambar hiasan
Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen :
Kalau dh jodoh, lari smpai hujung muka bumi berbentuk flat pun tetap akan bersatu jua.. Tahniah dan smoga kekal smpai hujung nyawa
Hah ! Siapa kata lelaki tak setia ? 20 tahun menunggu. Tak cukup lagi ke tu bukti bahawa llki adalah seorg yg setia
Biar betul 20 thun tggu..mmg setia btul pengantin lelaki nie..tahniah
Kalau dh jodoh x kn ke mana…kesetiaan…kejujuran dn keikhlasan dlm diri pgtin lelaki mmg hebat…tahniah
Nasib bumi ni flat.. Brader ni lari smpi hujung.. Kt coner lot ada mamak..lpk mamak dlu.. Lps 20 thun patah blik jmpa jodoh.. Tahniah brader
Sebab bumi bulat yg buatkan dia jumpa balik awek lama. Kalau FE, sampai ujung dunia, dah tentu jatuh ke tempat lain.. kan kan
Sumber : Harian Metro
Sumber Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman...
Demikianlah Artikel Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman...
Sekianlah artikel Siapa cakap lelaki ni bukan kaum yang setia? selepas 20 tahun sabar menunggu akhirnya tercapai juga impiannya untuk berkahwin dengan gadis idaman... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.