Judul : Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
link : Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
Artikel ini telah diambil dari fb tuan Akhtar Syamir. Semoga penulisan dari beliau dapat kita ambil pengajaran agar tidak menyesal kemudian hari... Mari kita baca
Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang ! Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
Tak percaya? Sebab korang tak lalui apa yang isteri ni lalui. Realitinya memang wujud situasi sebegini.
Bila membaca komen di penulisan saya mengenai ketagihan game suami, ramai suami dan lelaki yang kaki games ni tak rasa mereka dah tersasar jauh.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156725743440490&id=633435489
Mereka tetap dengan pendirian yang ketagihan game ini bukan satu masalah yang serious.
Pernah tengok penagih dad ah bila dia marah? Mana ada dia peduli siapa di depan. Bila dia sedang ketagih, semua orang dimakinya termasuklah isteri sendiri.
Pernah tengok penagih game marah? Dia pun tak peduli siapa di depan dia. Anak ke, isteri ke, memang kena maki punya. Semua orang salah. Isteri salah kerana menegur, anak salah kerana mengganggu. Mak ayah pun salah kerana masuk campur urusan keluarga.
Mereka mahu terus hidup di dunia mereka. Dari 11 malam sampai ke 7 malam esoknya bermain PUBG. Berapa kerat sahaja tenaga yang tinggal? Sudah semestinya rasa sangat mengantuk. Tidur yang tak cukup juga boleh mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.
Bila dalam situasi tu, isteri mengadu barang dapur dah habis pun boleh dapat makian. Anak naik atas badan pun silap - silap kena lempang.
Kamu lelaki yang lemah, yang dayus. Kamu dahulukan game berbanding anak dan isteri. Kamu takut jika kamu menghabiskan masa tanpa bermain, kamu akan ketinggalan rank.
Duit pun kadang - kala boleh habis disebabkan game. Ada yang menghabiskan beratus sebulan untuk nampak cantik dalam PUBG. Bangga apabila kita nampak lain dari yang lain. Sedangkan dapur kita sudah lama tidak berasap. Anak - anak sudah lama tak bertukar bajunya. Rumah pula sudah lama tunggang terbalik tanpa perhiasan.
Game telah mendahului segalanya. Untuk suami seperti ini. Insaflah sebelum kamu kehilangan keluarga kamu. Tak berbaloi rank ACE dengan Conquerer tu jika dibandingkan dengan anak isteri. Sanggup kamu memaki dan menghalau isteri kerana game kamu tu?
Kamu memang tak layak bergelar suami. Ketagihan kamu bakal menjadi penyebab kemusnahan keluarga kamu sendiri.
.
Kongsikan penulisan ini kepada pasangan kamu. Biar la dia suruh lukis ke nyanyi ke. Ini untuk masa depan keluarga.
Harap dapat beri pandangan dan nasihat kepada si isteri yang berada dalam situasi ini. Beliau perlukan nasihat anda semua.
.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
BroOhsem
Sumber Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
Demikianlah Artikel Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !
Sekianlah artikel Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang, Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.