Stan Lee – Gergasi Dunia Komik

Stan Lee – Gergasi Dunia Komik - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Stan Lee – Gergasi Dunia Komik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Stan Lee – Gergasi Dunia Komik
link : Stan Lee – Gergasi Dunia Komik

Baca juga


Stan Lee – Gergasi Dunia Komik

Bagi mana-mana peminat komik, pasti ada komik, ilustrator dan penulis pilihan masing-masing. Bagi saya, saya meminati hasil kerja Scott Snyder dan Greg Capullo seperti Batman: Eternal dan Dark Nights: Metal atau Warren Ellis dan Adi Granov untuk Iron Man (Extremis). Ada juga yang meminati hasil kerja Brian Michael Bendis, Joss Whedon (ya, pengarah Avengers pernah hasilkan skrip komik), Mark Millar dan Frank Miller. Tetapi tanpa pengaruh lelaki bernama Stan Lee, semua ini tidak akan berlaku.

Anak jati Manhattan ini dilahirkan pada 28 Disember 1922 di bawah nama sebenar Stanley Martin Lieber. Sejak kecil lagi, beliau banyak dipengaruhi oleh buku-buku dan filem-filem terutama filem lakonan Errol Flynn. Pada masa remajanya, Lee sudah menunjukkan minat mendalam terhadap bidang penulisan dan berangan mahu menghasilkan novel Amerika terhebat. Jika beliau tidak berada di sekolah atau rumah, Lee bekerja sambilan sebagai penulis ruang obituari dan kenyataan media, penghantar sandwich, penghantar surat, penarik orang untuk datang ke Teater Broadway dan menjual langganan akhbar New York City Tribune.

Selepas tamat sekolah tinggi, dengan bantuan bapa saudaranya Robbie Solomon, Lee menjadi pembantu di Timely Comics pada tahun 1939. Pada tahun 1941, Lee diberi peluang mengisi jawatan editor sementara selepas Joe Simon dan bakal regu kreatifnya Jack Kirby meninggalkan Timely selepas bertelingkah dengan pemilik Timely, Martin Goodman.

Selepas Perang Dunia Kedua meletus terutama pasca-serangan Pearl Harbor, beliau menyertai Kor Komunikasi Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1942. Selepas beberapa lama bersama kor berkenaan, Lee dipindahkan ke Divisyen Latihan Filem di mana beliau bekerja menulis panduan menulis, filem latihan, slogan dan kadangkala animasi kartun. Dalam kalangan anggota Tentera Darat, Lee merupakan antara sembilan individu yang diberi gelaran penggiat teater. Semasa beliau masih berkhidmat, peranan editor diisi oleh Vincent Fago sebelum Lee kembali pada tahun 1945.

Antara komik pertama yang menonjolkan bakatnya sebagai penulis ialah kisah dua muka surat dalam Captain America No.3 hasil nukilan Simon dan Kirby. Walaupun Lee bukan pencipta asal Captain America/Steve Rogers, beliau bertanggungjawab memperkenalkan teknik balingan perisai, salah satu teknik serangan ikonik yang digunakan Cap bukan saja dalam komik tetapi juga dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) yang menampilkan Chris Evans sebagai Captain America/Steve Rogers. Pada tahun 1950-an, Lee menulis pelbagai kisah dalam pelbagai genre untuk Timely dan pernah menghasilkan kartun bersiri My Friend Irma yang berdasarkan rancangan radio komedi menampilkan Marie Wilson. Namun, kebosanan yang melanda menyebabkan beliau hampir-hampir meninggalkan kedudukannya sebagai editor.

Tetapi semua itu berubah menjelang dekad 60-an. Walaupun industri komik didominasi oleh pesaing Timely iaitu DC ketika itu, ramai merasakan DC dilihat sudah ketiadaan idea bagi menghasilkan kartun-kartun yang dianggap sesuai dengan zaman tersebut. Melihat DC memperkenalkan Justice League, Goodman yang sudah menukar nama Timely kepada Marvel Comics mahu Lee memperkenalkan satu pasukan adiwira baru. Ini ditambah dengan nasihat mendiang isteri tercinta Joan Lee yang mencadangkan adiwira Marvel disuntik dengan elemen kemanusiaan, ia merupakan satu idea yang radikal dan berani. Tetapi percaturan tersebut berbaloi kerana ramai dapat mengaitkan diri mereka dengan setiap watak yang diperkenalkan Marvel.

Selepas kembali bekerjasama dengan Kirby, mereka memperkenalkan Fantastic Four, kartun yang berdasarkan kartun DC Challengers of the Unknown yang turut dihasilkan Kirby. Selain Fantastic Four, mereka turut memperkenalkan The Incredible Hulk/Bruce Banner, X-Men, Iron Man/Tony Stark dan Thor. Selain Kirby, Lee juga menghasilkan Doctor Strange dengan Steve Ditko, Daredevil/Matt Murdock (Bill Everett) dan Spiderman (John Romita Sr.) Semua watak ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada The Avengers, respon kepada Justice League keluaran DC dan turut memasukkan watak-watak yang muncul dari tahun 1940-an seperti Captain America/Steve Rogers dan Namor.

Tetapi tidak semua memandang tinggi apa yang dilakukan Lee dan Marvel. Dalam satu temubualnya dengan The Washington Post, beliau pernah berkata, “Orang mahu mengelak dari berjumpa dengan saya seperti saya ini dilanda wabak. Kini, ia sesuatu yang berbeza.” Bagaimanapun, tidak semua berkongsi sentimen begitu. Antara peminat tegar komik Marvel ialah mendiang Federico Fellini, seorang pembikin filem dari Itali. Semasa Fellini datang berkunjung ke pejabat Lee di New York, topik perbualan mereka didominasi oleh watak ciptaan beliau dan Romita Sr: Spiderman.

Waqaf Saham

Sepanjang tahun 60-an, Lee bertanggungjawab sebagai editor dan pengarah seni Marvel, mengira bilangan halaman muka surat yang diperlukan dan menulis salinan promosi yang selalunya diakhiri dengan perkataan Excelsior. Cara kerjanya di Marvel ialah Lee bekerjasama dengan penulis dan ilustrator untuk mencari idea sesebuah cerita. Dari situ, Lee akan menulis satu sinopsis ringkas dan ini menjadi panduan kepada ilustrator sesebuah cerita melukis panel komik. Dan pada akhirnya, beliau akan mengisi panel komik tersebut dengan ruang dialog dan nota kaki. Proses ini walaupun dilakukan di banyak syarikat komik lain tetapi disebabkan dipopularkan oleh Marvel, maka ia mendapat jolokan ‘Kaedah Marvel’.

Selain bertanggungjawab menjadikan Marvel sebagai gergasi komik setanding dengan DC, Lee juga bertanggungjawab secara tidak langsung membantu melonggarkan Kod Komik, satu kod peraturan tentang apa yang boleh dan tidak boleh ada dalam komik. Pada tahun 1971, Jabatan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan Amerika Syarikat meminta Marvel menghasilkan satu komik berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah. Bagi menjayakan hasrat jabatan tersebut, Lee menyelitkan sub-plot rakan Parker terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam isu 96-98 The Amazing Spiderman. Tetapi plot tersebut dianggap menyalahi Kod Komik kerana ia memaparkan adegan pengambilan dadah. Namun dengan sokongan Goodman dan yakin bahawa permintaan pihak kerajaan akan memberinya kredibiliti, ia dijual tanpa sebarang tanda Kod Komik. Hasilnya, tiga isu itu laris di pasaran dan Marvel mendapat pujian kerana memperjuangkan isu sosial ketika itu. Dan ini juga menyebabkan Kod Komik dilonggarkan bagi membolehkan mana-mana babak yang dianggap negatif dan tidak sesuai untuk komik boleh disiarkan.

Selepas mengambil alih dari Goodman untuk mengisi peranan sebagai penerbit pada tahun 1972, beliau tidak lagi menulis komik secara bulanan. Dua komik yang mendapat sentuhan terakhirnya ialah The Amazing Spiderman No. 110 dan Fantastic Four No. 125. Peranan itu kemudiannya diambil alih oleh Roy Thomas yang turut mengisi peranan sebagai Ketua Editor Marvel. Selain dikenali sebagai wajah umum Marvel, Lee juga pernah satu ketika menjadi pengerusi Marvel tetapi mengambil keputusan menjadi penerbit semula. Alasannya, beban kerja sebagai penerbit tidaklah membebankan jika dibandingkan dengan tugas sebagai pengerusi. Pada tahun 1980-an juga, beliau sudah berusaha membina batu asas bagi Marvel bertapak di Hollywood.

Sebelum kita mengenali MCU di pawagam, watak-watak Marvel menerjah dunia televisyen terlebih dahulu. Antara yang pernah disiarkan di televisyen siri animasi Spiderman di ABC dari 1967 hingga 1970 dan drama bersiri CBS The Incredible Hulk yang menampilkan Lou Ferrigno sebagai Hulk. Selain itu, Lee turut menubuhkan sebuah syarikat bernama Stan Lee Media pada tahun 1998 yang terdiri daripada studio penerbitan, penghasilan dan pemasaran komik. Tetapi selepas penyiasat dari Suruhanjaya Pertukaran dan Sekuriti (SEC) mendapati wujud salah laku dari segi manipulasi saham secara tidak sah oleh rakan kongsinya, syarikat tersebut diisytiharkan muflis dan dua rakan kongsinya didakwa di mahkamah. Pada tahun 2001, Lee bersama beberapa orang lagi rakan kongsi menubuhkan POW! Entertainment untuk membangunkan siri televisyen, filem dan permainan video.

Saya tahu bila sebut kemunculan beliau di kaca televisyen dan filem, mungkin ramai akan menyebut MCU. Hakikatnya, beliau pernah muncul dalam satu filem khas The Incredible Hulk sebagai ketua juri semasa perbicaraan kes David Banner (identiti The Hulk). Selepas membuat kemunculan sekejap dalam filem arahan Bryan Singer, X-Men (2000), cakaplah mana-mana filem atau siri televisyen Marvel, anda pasti akan menyedari kehadirannya. Berikut beberapa kemunculan sebentar yang diminati ramai peminat Marvel:

  1. Iron Man (2008) – muncul di majlis kutipan amal Stark Foundation di mana Tony Stark/Iron Man (Robert Downey Jr) menyangka beliau sebagai Hugh Hefner. Dalam satu babak yang dipotong, Stark memohon maaf tetapi Lee membalas, “Tidak apa, saya selalu dipanggil begitu.”
  2. Iron Man 2 (2010) – muncul di Ekspo Stark dan disangka Stark sebagai Larry King.
  3. Captain America: The Winter Soldier (2014) – sebagai pegawal keselamatan Muzium Smithsonian di mana selepas mendapati uniform Captain America semasa Perang Dunia Kedua (WWII) dicuri oleh Rogers, beliau berkata, “Alamak, mampus aku kena pecat.”
  4. Avengers: Age of Ultron (2015) – muncul sebagai veteran WWII yang menghadiri parti anjuran Avengers. Dalam babak ini, Lee mendakwa pernah berada di Omaha semasa D-Day dan boleh minum arak Asgard yang dibawa Thor. Malangnya, sebaik beliau meminumnya, Lee sudah mabuk dan terpaksa dipapah keluar sambil menyebut perkataan kegemarannya semasa menjadi editor Marvel, Excelsior.
  5. Captain America: Civil War (2016) – muncul sebagai penghantar barang FedEx yang membawa pakej Rogers kepada Stark. Semasa hendak menyerahkannya, Lee boleh bertanya keberadaan Stark dengan salah menyebut nama Tony Stank, sesuatu yang menggelikan hati James ‘Rhodey’ Rhodes/War Machine (Don Cheadle).
  6. Thor: Ragnarok (2017) – tukang gunting Thor bagi pihak Grandmaster semasa berada di Sakaar.
  7. Avengers: Infinity War (2018) – pemandu bas sekolahnya yang membawa Peter Parker (Tom Holland) dan rakan-rakannya semasa kapal angkasa Ebony Mau berada di New York. Bila mereka menjenguk luar tingkap, Lee berkata, “Apa kena dengan kamu ini, budak-budak? Kamu tak pernah tengok kapal angkasa ke?”
  8. Semua siri televisyen Marvel dan Netflix dari Daredevil hingga The Punisher – muncul sebagai Irving Forbush, bekas kapten dalam Jabatan Polis New York (NYPD) sebelum menjadi peguamcara.
  9. Venom (2018) – sebagai pembawa anjing yang terdengar perbualan antara Eddie Brock (Tom Hardy) dengan symbiote Venom. Lee menasihatkan mereka cuba mengekalkan hubungan dengan bekas tunang Brock, Annie Weying (Michelle Williams). Venom dilihat mahu memakan anjing itu sementara Brock tertanya-tanya siapa lelaki yang memberi nasihat tersebut.

Pasti ada yang menggaru kepala bagaimana Lee boleh muncul dalam kebanyakan filem Marvel. Selain sebagai penghormatan bagi mana-mana produksi, James Gunn yang pernah menduduki kerusi panas Guardians of the Galaxy dan Guardians of the Galaxy Vol. 2 menambah elemen mistik bagi setiap kemunculannya. Dalam babak tambahan Guardians of the Galaxy Vol. 2, beliau sebenarnya pemberi maklumat kepada sekumpulan makhluk asing dikenali sebagai The Watchers. Kumpulan ini sentiasa memantau planet-planet di alam semesta dan antara makhluk asing yang digunakan dalam siri komik Marvel.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna Lee bebas dari kontroversi walaupun dengan statusnya sebagai antara gergasi dunia komik. Wujud kontroversi siapa sebenarnya yang lebih banyak menyumbang kepada kejayaan watak Marvel sama ada Lee sendiri atau ilustrator yang terlibat. Dan ini yang membawa kepada pertelingkahan undang-undang antara waris Kirby dengan Marvel selama bertahun-tahun sebelum dapat diselesaikan secara aman di luar mahkamah pada tahun 2014. Selain itu, selepas kematian isterinya Joan pada tahun 2017, ia membawa lebih banyak kontroversi seperti kes saman ke atas POW! Entertainment (ditarik balik pada tahun ini), kontroversi membabitkan penjaga dan pengurus perniagaan Keya Morgan dan isu darahnya dicuri. Tetapi semua itu tidak menghalangnya dari terus berkarya di sebalik usianya yang sudah lanjut.

Pada usia mencecah 90-an, Lee sebenarnya sudah menghadapi banyak masalah kesihatan termasuk memasang perentak jantung pada tahun 2012. Penglihatannya juga terjejas sehinggakan beliau sudah tidak boleh membaca komik atau surat khabar berikutan hurufnya yang terlalu kecil dan sukar dibaca. Dan itu menyebabkan Lee amat merindui membaca, satu perkara yang amat diminatinya. Pada usia 95 tahun, Lee meninggal dunia di Hospital Perubatan Cedars-Sinai selepas dikejarkan dengan ambulans dari kediamannya di Hollywood Hills. Kematiannya memberi impak kepada semua dari penulis dan pelukis komik hinggalah watak-watak penting dari MCU. Bagi Kevin Feige, ketua Marvel Studios menyifatkan Lee meninggalkan legasi luar biasa yang memberi impak kepada semua di Marvel Studios termasuk dirinya.

SUMBER

  1. CBR.com. (2014). Marvel & Jack Kirby Family Settle Long-Running Legal Dispute. https://ift.tt/2B4cYXt
  2. Maddaus, Gene. (2018). Variety.com. Judge Grants Restraining Order to Protect Stan Lee. https://ift.tt/2wamEMd
  3. Guardian. (2018). Stan Lee drops ‘confusing’ $1bn lawsuit against his former company. https://ift.tt/2Ja1emT
  4. Melrose, Kevin. (2018). CBR.com. Stan Lee, Legendary Comics Creator, Passes Away. https://ift.tt/2PmlwBE
  5. Barnes, Mike. (2018). HollywoodReporter.com. Stan Lee, Marvel Comics’ Real-Life Superhero, Dies at 95. https://ift.tt/2z6tfJX


Demikianlah Artikel Stan Lee – Gergasi Dunia Komik

Sekianlah artikel Stan Lee – Gergasi Dunia Komik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: