Judul : Bencana ICERD terhadap UiTM
link : Bencana ICERD terhadap UiTM
Bencana ICERD terhadap UiTM
Antara kesan ratifikasi ICERD adalah segala polisi yang bersifat perkauman mesti dihapuskan.
Contoh pertama sekali adalah UiTM akan dihapuskan. Kita cerita sikit pasal UiTM dari sudut perundangan.
UiTM ini dilindungi oleh beberapa undang-undang iaitu;
1. Perlembagaan Persekutuan Perkara 153
2. Akta 173: Penubuhan UiTM
3. Akta 174: Displin pelajar
Akta 174, tiada ada kena menggena dengan ICERD sebab akta tersebut hanya melibatkan disiplin pelajar. Yang kita tekankan adalah akta 173 dan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153.
Mengikut Akta 173: Penubuhan UiTM 1976 (1)
“Establishment of Universiti is pursuant to Article 153 of the Federal Constitution”
Maksudnya, akta ini terlahir dan mengikut Perkara 153 (3). Dalam Perkara 153 memperuntukan segala biasiswa, perkhidmatan awam, biasiswa diberi hak keistimewaan kepada Bumiputera Melayu dan Sabah, Sarawak.
Nak membuat pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan, kita perlukan majoriti 2/3 kerusi parlimen atau 148 kerusi untuk meminda atau menggubal apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tapi, Perkara 153 ini istimewa sebab Dewan Parlimen perlukan 2/3 kerusi dan juga persetujuan Majlis Raja-Raja untuk dipinda. Perkara ini, kita perlu rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 159 (5) yang memberi maksud;
“Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”
Peningkan ayat peguam ni? Tak apalah, kita bagi dalam bullet point.
– Perkara 38: Majlis Raja-Raja
– Perkara 63: Keistimewaan Parlimen
– Perkara 70: Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri
– Perkara 72: Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri.
– Perkara 152: Bahasa kebangsaan.
– Perkara 153: Hak Keistimewaan Bumiputera
Nampakkan, bahawa ICERD ini memang bertentangan dengan beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Nak tanya, kenapa Menteri Perpaduan kita beria sangat nak meratifikasikan konvesyen ICERD ?
Untuk sejarah kontroversi UiTM, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah syorkan 10% kuota UiTM diberikan pada bukan Bumiputera pada tahun 2008. Masa tu ramai berarak depan Bangunan SUK Selangor, Shah Alam. Paling terbaru sekali, semasa Hindraf meminta UiTM dibuka pada kaum India. Sekali lagi, permintaan ini tidak dilayan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.
Untuk MRSM pula dilindingi bawah Akta MARA 1966. Namun begitu, 10% kuota bukan bumiputera telah diberikan pada tahun 2002 sehinggalah sekarang. Pasti kita tak ingin UiTM dijadikan seperti MRSM.
Untuk geng-geng “kita kan ada Perlembagaan Persekutuan”. Nak bagitahu ni, Perlembagaan Persekutuan memang perlukan 2/3 kerusi parlimen. Tapi, Akta 173 Penubuhan UiTM dan Akta 1966 Mara itu boleh diubah dan tak perlukan 2/3 kerusi parlimen pun. Cukup majoriti mudah di Parlimen saja memadai untuk sesuatu akta itu digubal dan dipinda dalam Parlimen. Siapa pegang majoriti parlimen? Kerajaan sekarang lah. Siapa nak ratifikasi ICERD? Kerajaan sekarang lah.
Justeru, tak payahlah dengar kata YB Senator Waytha Moorthy, Menteri Perpaduan dan Integrasi Nasional tu. Nak ubah polisi dan dasar kerajaan dalam Akta yang kita bincangkan sebelum ni hanya perlukan majoriti parlimen saja. Nak jadi macam Singapura ker ? Dorang pun ada Perlembagaan Perkara 152 untuk hak orang Melayu. Tapi, jadi ‘perhiasan sajalah’
#UiTMDiHatiKu
Bagi yang belum tandatangan, bolehlah tandatangan bantahan ratifikasi tersebut di petisyen atas talian di sini:
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
>>https://chn.ge/2OKfHgU
Rujukan
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Akta 173: Penubuhan UiTM
3. AKta 1966 Majlis Amanah Rakyat (MARA)