‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII

‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang ‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII
link : ‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII

Baca juga


‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII

Pada awal bulan Mei 1945, selepas Adolf Hitler (dikatakan) membunuh diri dalam bunker perlindungannya di Berlin, perang antara pihak Bersekutu dengan rejim Nazi Jerman berakhir selepas kerajaan Flensburg pimpinan Laksamana Karl Donitz dan Field Marshall Wilhelm Keitel menandatangani dokumen penyerahan kalah masing-masing di Rheims, Perancis dan Berlin, Jerman. Beberapa bulan selepas itu, Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Bagi tentera Amerika Syarikat, sudah tiba masanya untuk pulang ke tanah air selewat-lewatnya sebelum Krismas tahun berkenaan.

Tetapi ini mengundang pelbagai masalah dari logistik untuk merealisasikan perkara ini. Sejak Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia Kedua (WWII) semasa pentadbiran Franklin Delano Roosevelt, negara Uncle Sam menyediakan lebih tujuh juta tentera untuk kedua-dua teater WWII iaitu Teater Eropah dan Teater Pasifik. Dan untuk membawa mereka pulang dalam tempoh kurang dari empat bulan bukan sesuatu yang mudah seperti memetik jari. Dan ini menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu terutama parti politik dan pengacau dalam kalangan tentera sendiri.

Dari Hari VJ (Hari Kejayaan di Jepun) hinggalah Januari 1946, bukan sedikit tentera yang turun ke jalanan di pangkalan-pangkalan tentera Amerika di seluruh dunia. Mereka menyatakan rasa tidak puas hati mengapa proses kepulangan mereka tertangguh dengan membawa sepanduk dan poster yang mengejek pegawai atasan mereka, sesuatu yang tidak berlaku enam bulan sebelumnya. Bagi sejarawan dan penulis buku ‘The Army Mutiny of 1946’ R. Alton Lee, apa yang dilakukan veteran-veteran WWII ini boleh dianggap satu pemberontakan dan kesalahan sebegini boleh menyebabkan mereka dibicarakan di mahkamah tentera serta dikenakan hukuman berat oleh mahkamah.

‘Kerana sistem mata…’

Jika ada menyangka tiada rancangan yang digerakkan untuk membawa mereka pulang, anda salah. Rancangan membawa pulang tentera Amerika sudah lama dirancang sebelum Amerika mengisytiharkan kemenangan mereka semasa WWII. Pada September 1944, lapan bulan sebelum rejim Nazi Jerman menyerah kalah, Jabatan Perang Amerika Syarikat mengumumkan satu sistem mata bagi menentukan siapa yang boleh dihantar pulang terlebih dahulu.

Sistem ini ditentukan oleh tempoh perkhidmatan, lokasi penempatan di luar negara, tugas aktif di medan perang dan elemen keibubapaan. Mana-mana tentera yang mempunyai 85 mata ke bawah layak dalam kumpulan pertama yang dihantar pulang. Sementara bagi tentera wanita pula, kelayakan mata untuk mereka pula tidak seketat syarat kelayakan bagi tentera lelaki. Ramai termasuk rakyat Amerika menganggap sistem berkenaan adil dan telus.

Tetapi tidak ramai tahu sistem ini juga membawa masalah besar kepada Jabatan Perang. Hanya kerana tentera yang layak berdasarkan sistem mata boleh pulang, itu tidak bermakna ada kekosongan dalam kapal bagi membolehkan mereka dibawa pulang. Dan bagi tentera yang bosan dan kecewa, mereka menjadi mangsa mudah hasutan penentang-penentang Roosevelt dan timbalannya merangkap pengganti beliau Harry Truman. Ditambah dengan desakan dan tekanan dari rakan-rakan tentera yang panas hati dan keluarga yang menanti di rumah, mereka melancarkan pelbagai kempen protes bagi mendesak Washington mempercepatkan proses kepulangan mereka ke Stateside.

Dan ini diakui sendiri wakil-wakil Kongres seperti Clare Boothe Luce. Beliau menceritakan beberapa minggu selepas Jepun menyerah kalah tanpa syarat kepada Amerika Syarikat, wakil-wakil Kongres mendapat tekanan hebat bukan saja dari kalangan anggota tentera tetapi juga dari kalangan anggota keluarga mereka. Buktinya, lebih 200 kumpulan ‘Bring Daddy Home’ yang dianggotai oleh isteri-isteri anggota tentera yang berkhidmat di luar negara melancarkan kempen surat ke atas wakil-wakil Kongres mereka. Jika itu saja tidak mencukupi, mereka turut menghantar gambar anak-anak mereka dan lebih radikal, ratusan kasut bayi dengan label ‘Tolong bawa pulang ayah saya.’

Tetapi di sebalik semua ini, proses kepulangan semula sebenarnya berjalan lancar. Dalam tempoh lima bulan selepas VE Day (Hari Kejayaan di Eropah) pada Mei 1945, lebih tiga juta tentera sudah kembali ke Amerika dengan Disember mencatatkan lebih sejuta sudah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Jabatan Perang berulang kali menegaskan kadar pemulangan semula tentera sudah dipercepatkan. Tetapi masalahnya, mesej tersebut masih lagi belum memuaskan hati tentera yang terkesan. Pada Disember tahun sama, satu laporan New York Times mendedahkan ada sesetengah tentera yang mengalami tekanan jiwa semasa menunggu peluang untuk pulang.

Waqaf Saham

Laporan tersebut mendorong Jabatan Perang cuba mempercepatkan lagi proses pemulangan. Antara langkah drastik yang diambil jabatan berkenaan ialah mengurangkan mata minimum dari 85 kepada 50. Selain itu, mereka turut menyediakan 32 buah kapal untuk membawa pulang tentera dari Teater Pasifik. Tetapi pemotongan mata minimum itu pula menimbulkan masalah baru, lebih ramai yang layak tetapi tiada kapal yang dapat membawa mereka pulang. Keadaan ini menambah lagi rasa kecewa dan ketidakpuasan hati veteran yang menggadai nyawa mereka di dua teater perang WWII.

Dan jika itu saja tidak mencukupi, wujud pula masalah komunikasi dan kesilapan dari segi publisiti. Selepas mengambil alih pentadbiran pasca-kematian Roosevelt, Truman melantik Robert P. Patterson sebagai Setiausaha Perang baru menggantikan Henry Stimson. Semasa melawat tentera yang berada di Teater Pasifik, Patterson mendedahkan secara tidak sengaja bahawa beliau langsung tidak tahu bagaimana sistem mata yang digunakan Jabatan Perang. Pendedahan sensasi dan kontroversi ini nyata mengejutkan ramai anggota tentera dan menimbulkan kemarahan ramai. Insiden ini juga menghantui beliau semasa menjawat jawatan Setiausaha Perang sehinggalah meletak jawatan pada Julai 1947.

‘Amukan’ Hari Krismas

Kemuncak kepada kekecewaan yang dihadapi tentera Amerika ini ialah kekecohan yang berlaku di pangkalan tentera Amerika Syarikat di Manila pada Disember 1945. Kekecohan timbul apabila sebuah kapal yang sepatutnya membawa pulang sekumpulan tentera Amerika dalam senarai kepulangan dibatalkan pada saat akhir. Berita pembatalan tersebut tersebar bak kebakaran hutan dan pada Hari Krismas, 4,000 tentera berarak ke markas pangkalan sambil membawa poster dan sepanduk bantahan. Satu poster menyamakan Patterson dengan penjenayah perang Jepun dan dalang kemaraan negara Matahari Terbit itu di Tanah Melayu dan Singapura, Jeneral Tomoyuki Yamashita. Mereka membuat persamaan itu kerana kedua-duanya mendakwa tidak tahu-menahu apa yang dilakukan tentera mereka.

Untuk tiga minggu berikutnya, momentum bantahan semakin bertambah. Tentera yang bekerja di bilik surat di Manila dan Tokyo menyokong rakan-rakan mereka dengan menghasilkan cap ‘Tiada Kapal, Tiada Undi’. Cap tersebut diletakkan pada semua surat yang akan dihantar keluar mengikut alamat yang dinyatakan. Di Frankfurt, tentera berarak ke pejabat komander tentera Amerika di Eropah, Jeneral Joseph McNarney sambil bersorak, “Kami mahu pulang.” Mereka dihalang dari memasuki pejabat oleh polis-polis tentera yang bertugas. Ini mendorong ramai menjerit, “Dia terlalu takut berhadapan dengan kami.” Begitu juga di Perancis di mana tentera Amerika berarak di Champs Elysees dengan membawa suar sambil menjerit, “Kami mahu pulang.” Sementara 400 lagi tentera berkumpul di Trocadero yang terletak di seberang Menara Eiffel.

Sementara di London pula, 500 tentera Amerika berkumpul di Hotel Claridge atas alasan mahu bertemu dengan balu Roosevelt merangkap bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat, Eleanor Roosevelt. Eleanor berada di London pada ketika itu untuk satu lawatan muhibah. Dalam pertemuan berkenaan, kumpulan tentera ini menyatakan ketidakpuasan hati mereka dan meminta beliau menyampaikan pesanan kepada kepimpinan tertinggi tentera berkenaan situasi yang dianggap tidak boleh diterima.

Keesokan harinya, Eleanor menulis satu surat kepada Jeneral Tentera Darat merangkap bakal presiden Dwight Eisenhower yang berbunyi, “Mereka merupakan tentera yang baik tetapi jika mereka tidak tahu hendak lakukan apa-apa, mereka sudah pasti akan mencari masalah. Tetapi itulah naluri lelaki…” Komentar Eleanor memperlihatkan kebimbangan pihak tentera yang terganggu dengan soal ketidaktentuan untuk pulang dan kebosanan yang melanda.

Masalah ini juga turut didorong oleh penghasut dari Parti Komunis Amerika Syarikat (CPUSA) yang menyertai tentera. Salah seorang penghasut ini ialah seorang anggota tentera laut berfahaman Marxist bernama Erwin Marquit. Marquit kemudiannya menceritakan dalam memoirnya bagaimana pihak komunis dan sekutu mereka menjadikan pemberontakan tersebut sebagai satu gerakan yang tersusun dan hebat.

Dia melihat penglibatan mereka dilihat dapat menafikan cita-cita imperialis Amerika Syarikat di dunia pasca-WWII. Sementara Mejar John Sparrow dalam bukunya ‘History of Personnel Demobilization in the United States Army’ mengakui kesan pengaruh CPUSA terhadap moral tentera dan orang awam menerusi pemberontakan ini. Walaupun Lee dan Sparrow merasakan CPUSA tidak bertanggungjawab kepada kekecohan yang tercetus, mereka bersetuju CPUSA bertanggungjawab memastikan isu tersebut menjadi isu nasional dan tersebar kepada pengetahuan umum.

Dengan lebih ramai tentera kembali ke tanah air, ‘pemberontakan’ juga semakin pudar dan akhirnya padam pada Mac 1946. Truman dalam satu ucapannya pada Ogos 1946 berkata, “Ianya tidak akan membawa sebarang perbezaan apa jenis rancangan kepulangan yang kami atur, sudah pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati.”

SUMBER

Perkins, Sam. (2018). History.com. Why WWII Soldiers Mutinied After V-J Day. https://ift.tt/2TinzVC



Demikianlah Artikel ‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII

Sekianlah artikel ‘Pemberontakan’ Tentera Amerika Pasca-WWII kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: