Judul : 'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...'
link : 'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...'
'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...'
TINDAKAN menjelir lidah oleh seorang lelaki yang dirakamkan dan tersebar dalam media sosial sejak Isnin lalu, dikatakan simbolik kekecewaan seorang ahli perniagaan terhadap rusuhan di Kuil Maha Mariamman, Subang Jaya sebelum ini.
S Kanagarajah, 42, yang ditemui di Kompleks Mahkamah Shah Alam, selepas prosiding membabitkan kuil berkenaan hari ini, berkata, aksi berkenaan bukan sengaja dibuat sebaliknya beliau merasa marah dengan suasana tegang yang berlaku pada malam pertama rusuhan itu berlaku.
“Saya buat begitu sebab terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku.
“Ketika itu, kalau tanya, sebenarnya saya mahu menangis. Saya bukan sengaja buat mimik muka (geram) tetapi saya kecewa bila tengok rakan-rakan dipukul di bahagian kepala hingga berdarah.
“Kita tidak mahu bergaduh dengan sesiapa, kita hanya mahu melakukan upacara keagamaan,” katanya.
Pada masa sama, Kanagarajah yang juga seorang sukarelawan yang sering menghulurkan bantuan di kuil berkenaan, berkata, dia tidak mengambil hati dengan tindakan rakyat yang meniru gaya geramnya malah gembira dengan perkara itu.
“Sejak video itu viral, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu.
“Jika video itu buatkan mereka gembira, saya tidak ada masalah. Biarkan mereka gembira,” katanya.
Pada masa sama, Kanagarajah turut menafikan apa yang berlaku ekoran masalah perkauman.
“Saya boleh cakap ini bukan masalah perkauman kerana saya tinggal di Subang Jaya sejak 35 tahun lalu dan dari kecil kawan-kawan saya semua Melayu.
“Mereka (pihak menceroboh) diupah pihak tertentu, tidak ada orang nak buat benda ini percuma.
“Bukan kita yang mulakan pertempuran ini, orang yang mulakan pertempuran ini, mereka duduk dalam ‘aircond’, sekarang kita dengan kawan-kawan Melayu yang jadi mangsa,” katanya.
Dia berkata, ketika kejadian pada malam pertama itu, lebih 40 penganut Hindu sedang melakukan upacara keagamaan di kuil berkenaan, manakala kira-kira 200 pihak yang menceroboh membawa senjata seperti parang dan cangkul.
Aksi jelir lidah yang dibuat Kanagarajah itu bukan sekadar tersebar melalui media sosial, malah ada yang turut menjadikan pelbagai ‘meme’ melucukan oleh ramai pihak selain cabaran#Deychallenge dan #Theyychallenge.
Sumber : Harian Metro
Sumber 'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...'
Demikianlah Artikel 'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...'
Sekianlah artikel 'Saya bukan sengaja, sebenarnya saya mahu menangis...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.