Judul : Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis!
link : Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis!
Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis!
Jangan Bagi Anak Main ‘Handphone’, Biarkan Dia Bosan! Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan. Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka. Takpun, dihulurkan saja ‘smartphone’ sementara menunggu hidangan sampai di restoran. Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu.
Tapi, penemuan terbaru daripada saintis mendapati bahawa sekali-sekala kita patut biarkan saja mereka. ‘Kebosanan’ sebenarnya dapat memberi kebaikan kepada perkembangan mental dan fizikal anak. Inilah kesan luarbiasa kuasa imaginasi! Jika anak cepat bosan, jangan cepat melatah. Ketahuilah bahawa kebosanan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk diri mereka.
1. MENGELAK ‘OVERSTIMULATION’
Tahukah anda, sebenarnya otak kita tidak diprogramkan untuk berada dalam mod ‘on-the-go’ setiap masa. Ia juga perlu berehat dan memperlahankan prosesnya, seperti yang dinyatakan oleh Scott Barry Kauffman melalui Psychology Today. Memang pada awalnya anda akan rasa tak selesa apabila tengok anak cepat bosan. Tapi, cuba tunggu seketika dan perhatikan mereka.
Mungkin mereka perlu merehatkan otak, lari daripada stimulasi atau rangsangan yang tidak penting, dan menjadi lebih relaks. Dengan mempunyai masa untuk diri sendiri, mereka berpeluang meneroka perkara yang mereka sendiri minati. Neurosaintis, Susan Greenfield berpendapat bahawa ia dapat memberi kesan jangka masa panjang terhadap bagaimana anak-anak ini mencapai cita-cita mereka.
2. MERANGSANG KREATIVITI
“Kanak-kanak perlu melalui rasa bosan ini dengan sendiri kerana ia dapat membebaskan mereka daripada sebarang bentuk gangguan. Dengan cara ini, barulah mereka dapat mendengar suara hati mereka sendiri. Dengan mengenal minat masing-masing, ia akan menggalakkan eksplorasi dan imaginasi. Walaupun hanya duduk sendirian dan termenung, mereka sebenarnya sedang belajar untuk menvisualisasikan sesuatu dalam minda mereka. Melalui proses ini, otak mereka akan menerawang jauh tanpa batasan. Akhirnya, mungkin mereka akan merekacipta sesuatu dan merealisasikan apa yang pernah digambarkan oleh fikiran tadi. Hebat bukan? Ternyata, memang ada kajian yang telah membuktikan bahawa golongan yang kreatif adalah mereka yang selalu termenung!
3. MAHIR BERFIKIR
Untuk mengatasi rasa bosan, ia memerlukan pelbagai idea dan eksperimen cuba jaya. Dalam jangka masa panjang, kebosanan ini memberi peluang kepada otak mereka untuk menjadi lebih produktif kerana mereka telah dilatih untuk menyelesaikan masalah. Kajian oleh saintis di Bar-Ilan University mendapati bahawa faktor ini dapat membantu seseorang melakukan kerja dengan lebih efisyen dan positif.
4. PELUANG MENEROKA HOBI
Tidak dinafikan, pelbagai aktiviti yang dirancang seperti bersukan dan bermain muzik mampu memberi manfaat kepada perkembangan fizikal, kognitif, budaya dan sosial mereka. Namun, anak-anak juga perlukan masa untuk bersendiri. Apabila mereka ‘terputus hubungan’ daripada dunia luar dan gajet, mereka akan meneroka perspektif baru dan timbullah hobi. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat dalam menetapkan kemahuan dan cita-cita mereka. Malah, mungkin juga ada bakat semulajadi yang tidak pernah kita ketahui.
5. BELAJAR BERKOMUNIKASI
Apabila anak-anak mula nampak sendiri minat masing-masing, secara tidak langsung mereka akan berusaha untuk memperlihatkan hasil imaginasi mereka. Mereka menjadi lebih berani menyatakan kemahuan mereka, dan mereka juga akan mencari cara untuk mencapainya dengan sokongan ibu bapa.
Sebenarnya, tindakan ini bukan saja memberi manfaat kepada anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Dengan gangguan seperti TV, ‘smartphone’, atau kerja yang menimbun tinggi, anda tak mungkin akan mendapat inspirasi untuk pergi lebih jauh dalam hidup ini.
BILA ANAK CEPAT BOSAN
Apapun, ini bukan bermakna kita boleh ‘goyang kaki’ dan suruh mereka ‘main jauh-jauh’. Cumanya, kalau anak cepat bosan tak perlulah kita rasa bersalah dan mengalah dengan ‘menyuap’ pelbagai aktiviti untuk mereka. Sebaliknya, lihatlah perkara ini sebagai peluang untuk anda mengalakkan mereka menjadi seorang yang lebih dinamik.
Sumber dalaman
Kualiti dan nilai seperti menggalakkan mereka meneroka, bermain, memerhati, dan memberi tumpuan terhadap sesuatu yang mereka ingin tahu. Ia mungkin akan menyebabkan rumah anda bersepah. Yang penting, pantau mereka jika mereka melakukan sesuatu yang agak ‘susah’ atau luarbiasa seperti membina rumah kotak atau memanjat kusyen. Beri sokongan dan bantu mereka agar tidak cepat patah semangat. Pastinya ia akan memberi pengalaman serta pengajaran sepanjang hayat.
Sumber material
Sumber material bukanlah bererti mainan yang mahal atau peralatan bertaraf profesional. Tetapi, ia adalah bahan yang ‘simple’ seperti pen, kertas, cat warna, kotak kosong, dan sebagainya. Kadangkala anak sendiri ada idea untuk membuat eksperimen tertentu seperti membuat gunung berapi atau kek coklat. Jadi, bolehlah anda mendapatkan sumber yang bersesuaian.
Dengan galakan anda, anak cepat bosan pun boleh menjadi seorang lebih berdikari, bijak, dan kreatif. Mereka juga akan berasa lebih konfiden untuk menurut kata hati dan mempercayai kebolehan diri yang unik!
Sumber: Mingguan Wanita
Sumber Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis!
Demikianlah Artikel Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis!
Sekianlah artikel Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar, Biarkan Dia Bosan Atau Menangis! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.