7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran

7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran
link : 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran

Baca juga


7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran



Ramai orang suka minum susu, tak kiralah yang muda, yang tua atau anak-anak kecil. Disebabkan itu juga, bermacam-macam jenis susu dipakejkan untuk memikat hati pengguna.

Tak dinafikan juga, susu merupakan sumber kalsium yang amat baik selain turut mengandungi vitamin A, B12, riboflavin, fosforus, dan zat besi.

Cuma kadang-kadang tu, keliru pula nak pilih susu yang mana. Yalah, banyak betul jenis susu contohnya jenis full cream, low fat, skim milk, fresh milk, susu UHT, susu tepung dan sebagainya.

Apakah perbezaan antara jenis-jenis susu ini?


INI PERBEZAAN 7 JENIS SUSU YANG BIASA KITA JUMPA DI PASARAN

1. SUSU PENUH KRIM / FULL CREAM MILK
Susu penuh krim atau full cream milk mengandungi peratusan lemak yang paling banyak, iaitu sekitar 3.8% secara purata. Disebabkan kandungan lemaknya, susu ini memiliki rasa yang paling lazat berkrim.

Walaupun ramai yang ‘takut’ dengan lemak, namun susu inilah yang paling sesuai untuk anak kecil kerana mereka memerlukan kandungan asid lemak yang terkandung di dalamnya bagi perkembangan optimum tubuh.

Selain itu, susu jenis inilah yang sesuai digunakan untuk dicampurkan ke dalam kopi untuk menghasilkan kopi susu ala barista. Sedap!



2. SUSU RENDAH LEMAK / LOW FAT MILK
Seperti mana namanya, susu rendah lemak atau low fat pula mengandungi kurang lemak di dalamnya, iaitu sekitar 1.3% hingga 1.4%.

Susu low fat lebih sesuai bagi anda yang dalam proses mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengurangkan kadar lemak tepu di dalam tubuh.


3. SUSU SKIM / SKIM MILK
Satu lagi jenis susu yang mungkin kita kurang tahu adalah susu skim atau skim milk. Ia memiliki jumlah lemak yang paling rendah berbanding susu low fat dan susu full cream, iaitu sekitar 0.15% sahaja.

Jika dibandingkan dengan keduanya tadi, susu skim ini rasanya lebih cair. Namun, ia tetap mengandungi protein dan kalsium seperti susu biasa.



4. SUSU SEGAR / FRESH MILK
Susu segar atau fresh milk ini boleh dijumpai di bahagian sejuk pasaraya. Berbanding susu UHT yang diletakkan di rak kering, susu segar ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat, biasanya kurang daripada seminggu. Namun dari segi nutrisinya, ia adalah yang lebih baik berbanding susu UHT.

Susu segar yang dijual di pasaraya telah melalui proses pempasteuran bagi memastikan keselamatan pengguna. Proses ini melibatkan pemanasan melebihi 72 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya 15 saat bagi membunuh bakteria yang terdapat dalam susu.

Antara jenama susu segar yang terkenal di Malaysia termasuklah susu Good Day dan Farm Fresh.



5. SUSU UHT
Kebanyakan jenis susu kotak yang terdapat di pasaran adalah jenis UHT, iaitu Ultra High Temperature yang merujuk kepada proses yang digunakan untuk merawatnya.

Berbanding susu segar, susu UHT mengalami proses pemanasan pada suhu yang lebih tinggi, iaitu pada takat 135 darjah Celsius  selama 1-2 saat bagi tujuan pensterilan. Dengan proses ini, jangka hayat susu dapat bertahan sehingga 5-10 bulan tanpa disimpan di tempat sejuk kecuali setelah ia dibuka.

Terdapat juga susu UHT yang dihasilkan melalui proses rekombinasi atau campuran semula (UHT recombined milk). Ini bermaksud susu tersebut akan dikeringkan menjadi pepejal dan diasingkan kepada serbuk lemak dan pepejal susu sebelum dikombinasikan semula di kilang dan dirawat.


6. SUSU TEPUNG
Susu tepung diperbuat daripada susu segar yang telah melalui proses pengeringan menjadi bentuk serbuk yang mudah disimpan, senang dibawa ke mana-mana dan tahan lama.



Seringkali susu tepung ditambah dengan zat tertentu seperti vitamin dan mineral bagi meningkatkan kualitinya. Bagi susu formula contohnya, ia dilengkapkan dengan pelbagai formulasi agar sesuai dengan peringkat usia bayi yang memerlukan nutrisi khusus seperti DHA dalam menjamin perkembangannya.



7. SUSU BERPERISA
Susu berperisa adalah susu yang telah dicampurkan dengan bahan tambahan seperti gula, perisa, pewarna dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

Ada macam-macam perisa susu yang boleh kita jumpa di pasaran sekarang contohnya susu strawberi, coklat, kopi, kurma, vanila dan sebagainya.

Sedap memang sedap, tapi anda harus berhati-hati dengan kandungan gula yang terdapat di dalamnya!

SEMAK LABEL SEBELUM BELI
Susu memiliki nutrisi yang baik dan sesuai untuk diamalkan pengambilannya setiap hari. Sememangnya susu segar adalah pilihan yang terbaik, namun ia mungkin kurang sesuai bagi sesetengah orang yang perlu berjimat dan tak punya masa untuk mendapatkannya dengan kerap.

Tak salah mendapatkan nutrisi melalui susu UHT atau susu tepung, tapi elakkan jenis susu yang manis kerana ia biasanya dah ditambah dengan perasa atau gula. Di bahagian ramuannya, pilih yang paling pendek senarainya. Kadangkala, ramai tak sedar bahawa ada kandungan gula ‘tersembunyi’ seperti sukrosa, pepejal sirap glukosa, maltodekstrin, pepejal sirap jagung, sukrosa, dekstrosa, dan macam-macam lagi nama saintifiknya yang mungkin boleh mengelirukan anda.

Jadi, lepas ni kalau nak beli susu, sentiasalah periksa labelnya ya!

Sumber artikel : Sirap Limau

Sumber 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran


Demikianlah Artikel 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran

Sekianlah artikel 7 Perbezaan Jenis Susu Yang Kita Biasa Jumpa Di Pasaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: