Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy

Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy
link : Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy

Baca juga


Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy



Komuniti India di Malaysia diseru untuk bertenang dan tidak bertindak melulu susulan kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman dekat Seafield, Subang Jaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menegaskan Kerajaan memandang serius kejadian itu dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan awam.

“Saya meminta masyarakat India Malaysia bertenang dan bersikap rasional dalam menghadapi isu kuil Sri Maha Mariamman di Seafield kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menghasut suatu pergolakan sosial.



“Isu kuil tersebut adalah diantara pemaju tanah, di mana kuil itu terletak dan pengurusan kuil dan ia tidak seharusnya dieksploitasi untuk menjadi konflik perkauman.

“Serangan oleh sebuah kumpulan yang tidak dikenalpasti ke atas One-City Mall malam tadi, adalah tidak wajar dan boleh dikatakan sebagai tindakan provokatif bertujuan untuk mengganggu keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia umumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau pada masa sama menggesa polis mengambil tindakan segera dalam membendung keganasan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan yang berselindung disebalik niat untuk menjaga nama kuil itu.



“Saya juga menggesa jawatankuasa pengurusan kuil untuk mengawal dan memastikan keselamatan penganut kerana ia adalah tanggungjawab mereka untuk melindungi para penganut yang datang ke kuil tersebut.

“Ini berikutan tindakan satu kumpulan yang berkumpul di kuil itu lewat malam tadi telah memutuskan untuk berarak ke One-City Mall dan memecahkan tingkap di bangunan itu, yang dikatakan dimiliki oleh pemaju tanah di mana kuil itu terletak,” tambahnya.



Beliau turut mengkritik tindakan sekumpulan lelaki yang memukul seorang anggota bomba ketika cuba untuk memadamkan kebakaran sebuah kereta malam tadi.

Sumber : Astro Awani

Sumber Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy


Demikianlah Artikel Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy

Sekianlah artikel Komuniti India perlu bertenang, jangan bertindak melulu - Menteri Waytha Moorthy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: