Judul : Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon
link : Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon
Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon
Setakat ini, salmon telah digembar-gemburkan sebagai makanan hebat dengan kadar asid lemak Omega-3 yang tinggi. Tidak hairanlah harganya agak mahal.
Sebenarnya, tidak perlu salmon jika anda mahu mencari Omega-3. Terdapat spesis ikan tempatan dengan kandungan Omega-3 yang lebih tinggi daripada salmon. Jumlah nilai gizi pemakanan juga tidak kurang hebatnya. Apakah khasiat yang ada pada makarel atau lebih dikenali masyarakat tempat sebagai ikan kembung ini? Berikut informasi penuh memetik merdeka.com.
Kaya dengan protein, mineral, vitamin, dan asid lemak yang sihat
Makarel adalah sumber nutrisi yang sangat baik. Vitamin D yang terkandung di dalamnya membantu menyerap kalsium yang diperlukan untuk tulang yang sihat dan gigi sihat.
Kandungan protein, Omega-3, vitamin B12, vitamin D, fosforus, vitamin B2 (Riboflavin), vitamin B6, yodium, dan selenium dalam makarel adalah lebih tinggi daripada ikan salmon.
Omega 3 dapat membantu perkembangan otak dan mata pada bayi. Kandungan ini juga membantu pertumbuhan otak dan perkembangan mata apabila janin masih dalam rahim. Hati bayi sentiasa sihat dan tekanan darah tetap normal.
Ikan tempatan mempunyai nilai gizi pemakanan yang tinggi yang tidak disedari ramai. Tiada sebab untuk anda tidak mahu makan ikan yang ditangkap secara tempatan. Kandungan gizi pemakanan tidak lebih rendah daripada makanan yang diimport.
Sumber: Aliff Channel
Khasiat Sayur Brokoli Yang Ramai Tak Tahu. Merawat Kan ser dan Merangsang Kesihatan Otak, Rugi Kalau Sesiapa Yg Tak Makan Sayur Ini..
Brokoli, sayur hijau berbentuk seakan pokok ini antara sayuran kegemaran ramai kerana banyak kebaikannya pada tubuh badan. Salah satu kebaikannya dikatakan mampu menjauhkan penyakit kanser. Tidak hairanlah jika sayur ini turut jadi pilihan mak-mak untuk diberi kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Brokoli adalah sayuran pembangkit tenaga yang dipenuhi nutrisi dan khasiat tidak ternilai. Sayuran hijau yang tergolong dalam keluarga Brassicaceae oleracea. Terdapat banyak jenis brokoli tetapi tiga variasi utama adalah calabrese broccoli, sprouting broccoli dan purple cauliflower.
Brokoli dikatakan tinggi dalam serat pemakanan dan protein seperti tryptophan. Ia turut mengandungi vitamin A, beta karotena, lutein zeaxanthin, thiamine, riboflavin, niacin dan asid pantothenic. Selain itu, brokoli turut mengandungi vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, vitamin E, vitamin B1 dan vitamin K.
Mineral yang terdapat di dalam brokoli pula termasuklah kalsium, besi, magnesium, zink, sodium, potassium, selenium, kromium, choline, mangan dan fosforus. Brokoli dikatakan turut mengandungi asid lemak omega-3 yang menyihatkan.
Dikatakan dalam kira 100 gram hidangan brokoli mengandungi lebih kurang 34 kalori dan dikatakan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan oleh mereka yang mahu menurunkan berat badan.
Kebaikan brokoli untuk kesihatan memang banyak.
Merawat Kan ser
Brokoli dikatakan bagus untuk kebanyakan jenis kanser termasuklah kanser payudara, kanser rahim, kanser prostat dan kanser organ-organ seperti paru-paru, kolon, hati, pundi, buah pinggang dan usus. Dikatakan mereka yang menghidap kanser payudara dam kanser rahim amat bermanfaat memakan brokoli kerana ia mampu membuang estrogen tambahan daripada tubuh.
Kehadiran sebatian antikarsinogenik seperti sulforaphane, glucoraphanin, diindolylmethane, isothiocyanates, beta karotena dan selenium yang ada brokoli membantu proses tersebut. Selain itu, agen antikanser lain seperti vitamin C, vitamin A, dan vitamin E, zink, potassium dan asid amino juga banyak membantu.
Membuang Toksin
Kehadiran vitamin C, sulfur dan asid amino menjadikan brokoli sebagai pembuang toksin yang amat baik. Ia mampu membuang radikal bebas dan toksin seperti asid urik daripada tubuh sekaligus membersihkan darah dan memastikan masalah berkaitan toksin seperti bisul, gatal, ruam, gout, arthritis, rheumatism, penyakit kulit seperti ekzema dan pengerasan pada kulit. Brokoli adalah sayuran beralkali yang dikatakan mampu membantu keseimbangan tahap pH tubuh.
Merangsang Kesihatan Otak
Brokoli kaya dengan vitamin K dan choline yang dikatakan mampu merangsang kongnitif dan ingatan. Sulforaphane dalam brokoli juga dikatakan mampu dapatmembantu mencegah bermulanya Alzheimer dan kebanyakan penyakit kemerosotan neuro.
Sifat Antipenuaan
Brokoli mampu menentang proses penuaan dengan bantuan sebatian yang dikenali sebagai nicotinamide mononucleotide (NMN) yang terdapat di dalamnya. NMN merangsang penghasilan sebatian yang akan mencetus metabolisme dan sekaligus mencegah perubahan genetik yang akan membawa kepada penuaan pramatang. Antioksidan seperti vitamin A, vitamin C dan kolagen memainkan peranan penting dalam memperlambatkan penuaan.
Mengawal Diabetes
Ekstrak brokoli dikatakan boleh digunakan untuk mengawal tahap glukosa dalam darah. Sulforaphane dan kaempferol dalam brokoli dikatakan mempunyai kebolehan merendahkan tahap gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
Penjagaan Kulit
Ia mampu membantu dalam penjagaan kulit dan memberikan wajah yang bersinar, sihat dan berseri. Antioksidan seperti beta karotena, vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E, vitamin K, asid berlemak omega-3, asid amino dan folat yang terdapat dalam sayuran inilah yang menjalankan tugas ini.
Membantu Dalam Kehamilan
Brokoli dikatakan penuh dengan khasiat yang diperlukan oleh wanita hamil. Ia mengandungi protein, kalsium, vitamin, antioksidan, besi dan fosforus. Disebabkan brokoli kaya dengan serat, ia mampu mengelakkan sembelit yang biasa berlaku semasa kehamilan. Kandungan folat yang terdapat dalam brokoli pula mampu mengelakkan berlakunya kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.
Memiliki Sifat Anti Keradangan
Antioksidan seperti vitamin C, potassium, magnesium, sulforaphane, kaempferol yang ada dalam brokoli baik untuk melegakan keradangan dan mengurangkan peluang untuk mendapat kanser dan serangan jantung.
Sumber: Mingguan Wanita
Sumber Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon
Demikianlah Artikel Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon
Sekianlah artikel Ramai Yang Tidak Tahu Bukan? Sebenarnya Ikan Kembong Lebih Berkhasiat Daripada Ikan Salmon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.