Judul : Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?
link : Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?
Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?
Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan? Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada yang berakhir ke jinjang pelamin! Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhirnya, betul ke?
1. Sentiasa Bersama Kita
Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuk dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!
2. Pencerian Tipis
Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.
3. Rapat Dengan Mentua
Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita.
4. Emosi Yang Kuat
Kita yang dulu bukanlah kita yang sekarang. Waktu muda memang lebih banyak drama daripada yang logik betul tak? Maklumlah masing-masing belum matang. Oleh itu, tempoh waktu perkenalan sudah lebih lama dan pastinya si dia dapat mengenal baik buruk kita secara mendalam. Setakat merajuk dan amarah kita tu, semuanya dalam poket dia. Dia mesti boleh handle!
5. Tidak Mudah Mengalah
Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar. Asalkan keduanya kekal berada di sisi masing-masing, merajuk pun mesti sekejap je.
6. Kemungkinan Kampung Dekat
Bila sudah berkenalan di alam persekolahan, besar kemungkinan untuk anda mempunyai kampung mertua dekat dengan rumah anda sendiri. Biasalah, setiap kali ada cuti umum atau hari perayaan tidak perlu lagi nak bergaduh nak balik kampung siapa kan?
Sumber : ThoughtCatalogue
Sumber Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?
Demikianlah Artikel Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?
Sekianlah artikel Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.