Judul : Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini!
link : Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini!
Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini!
POLIS EVO 2
Saya telah diberi kesempatan dua kali untuk sesi tayangan khas tertutup POLIS EVO 2 yang viral baru-baru ini kerana isu yang dikatakan memberi imej buruk kepada Islam.
Pertama sebagai jemputan khas ASTRO, dan kedua bersama SS Datuk Seri Mufti dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi, selain berpeluang menemui serta bertukar pandangan dengan penulis skrip filem tersebut.
Saya hadirkan diri kerana ia membabitkan isu Islam yang sedang hangat diperkatakan, dan saya tidak mahu menjadi orang yang tergesa-gesa membuat kenyataan atau mengulas sebelum menyelami.
Sekadar seminit lebih trailer tidak mampu memberi gambaran keseluruhan sesebuah filem.
ULASAN:
POLIS EVO 2 yang menelan kos sebanyak RM 8 juta ini merupakan sebuah filem kepolisian yang cuba menggambarkan pengorbanan polis terhadap rakyat dan negara, dan itulah yang ditonjolkan sejak awal filem hingga akhir yang penuh dengan babak aksi.
Insiden bermula apabila sebuah kumpulan pengganas menawan lebih 200 penduduk di sebuah pulau sebagai tebusan demi mendesak kerajaan Malaysia membebaskan rakan mereka Imam Husyairi yang ditahan pihak berkuasa.Dalam usaha menyelamatkan tebusan, agak ramai polis yang tumpas, namun akhirnya kumpulan pengganas berjaya ditumpaskan dengan strategi dan keberanian pasukan kecil polis yang terperangkap di pulau terpencil tersebut.
Secara peribadi, umumnya saya tidak melihat ada sebarang isu yang menghina Islam.
Andai kerana ketua kumpulan tersebut Saif memakai serban dan menggunakan dialog ‘keagamaan’, saya kira banyak lagi drama atau filem lain yang lebih 'berat' menonjolkan kumpulan ajaran sesat atau mereka yang menyalah gunakan agama untuk kepentingan diri. Saya dikhabarkan sebelum ini ada drama popular seperti Nur dan Tahajjud Cinta, malah baru-baru ini filem Munafik juga demikian.
Saya tidak melihat ada unsur 'jihadi' pada kumpulan tersebut yang diketuai Saif, malah watak Saif lebih kelihatan sebagai watak seorang psiko melalui dialog dan tindakannya.
Seluruh kumpulannya juga kelihatan ‘crook’ yang langsung tiada penampilan mujahidin dan ia sesuatu yang sangat baik dari sudut sensitiviti.
Hanya ketuanya Saif sahaja yang melilitkan kepalanya dengan kain serban tanpa kopiah, itupun tiada unsur Islamik kelihatan pada dirinya atau kumpulannya seperti solat, jambang, atau akhlak, selain ucapan salah guna agama dan tindakannya yang psiko.
Andai kerana penampilan ketuanya semata, watak ketua operasi polis SAC Datuk Azizat yang dilakonkan Erra Fazira juga bertudung yang saya kira membawa mesej penting.
ASPEK POSITIF:
1. Saya bagi kredit pada filem ini kerana penonjolan aurat wanita yang sangat minima. Hanya sedikit pada penampilan heroinnya Raline Shah yang merupakan pelakon Indonesia.
2. Saya juga bagi kredit pada produksi yang menampilkan wanita bertudung (Erra Fazira) sebagai ketua operasi polis anti-pengganas yang memberikan gambaran muslimah yang menjaga aurat juga boleh berkhidmat atau menjawat jawatan yang penting dan menghasilkan kerja yang hebat.
3. Suatu yang bagus apabila kumpulan pengganas tersebut tidak diberi imej seperti kumpulan mujahidin. Malah tiada dialog seperti laungan takbir dan seumpamanya.
Saya kira ini mampu menepis salah faham atau menjaga sensitiviti sesetengah pihak.
4. Saya puji juga watak polis (Zizan, Sam dan pasukannya) yang digambarkan pada awal filem menjaga solat jemaah, selain elemen positif lain seperti semangat setiakawan dan keberanian.
5. Saya menganggap suatu suasana yang sangat positif apabila pihak produksi berusaha merujuk atau mendapatkan pandangan mufti dan agamawan setelah dikritik hebat.
Walaupun sedikit lewat, tapi ia boleh dijadikan panduan pada masa akan datang.
Moga-moga peranan ulama dapat membantu ke arah menambah kebaikan atau mengurangkan kemudaratan.
KRITIKAN DAN CADANGAN:
1. Kami telah menyampaikan pada pihak produksi bahawa trailernya yang hanya seminit lebih itu boleh disalah erti sebahagian pihak.
2. Disyorkan supaya penggunaan dialog ‘islamis’ dikurangkan pada trailer kerana dikhuatiri mengundang kekeliruan mereka yang masih belum menonton penuh filem ini.
3. Disyorkan dibuang dari trailer babak yang menyebut “Imam Husyairi” kerana panggilan dan penampilannya boleh disalah erti dengan trailer sependek itu.
4. Isu sensitiviti barangkali boleh timbul kerana hanya ketua pengganas Saif itu sahaja yang menggunakan dialog ‘keagamaan’ yang barangkali boleh menimbulkan beberapa kekeliruan pada penonton yang kurang faham.
Seharusnya pihak polis atau geng baik juga ada menggunakan sedikit hujah balas Islamik atau sedikit ilmiah sebagai simbolik menepis atau memperbetulkan penyelewengan Saif.
5. Kami cadangkan supaya pihak produksi filem dan drama di Malaysia lebih aktif untuk merujuk pada konsultan syariah dalam hal yang melibatkan sensitiviti, hukum-hakam dan seumpamanya supaya tidak timbul kekeliruan dan masalah di kemudian hari.
Semoga industri filem negara akan terus menjadi lebih baik.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Sumber Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini!
Demikianlah Artikel Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini!
Sekianlah artikel Selepas menonton filem Polis Evo 2 secara tertutup, Ini pandangan ikhlas dari tuan Kamilin Jamilin, Ramai yang tidak sangka dengan pendedahan ini! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.