Judul : Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
link : Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
Kecantikan diri yang dimiliki oleh seseorang itu sering sahaja diukur melalui rupa paras luaran, kulit yang putih, hidung yang mancung dan banyak lagi.
Namun begitu, bagi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YM Che Puan Khaleeda, beliau merasakan bahawa kecantikan itu haruslah dilihat menerusi hati yang suci.
Beberapa hari yang lalu, anak bongsu kepada lima orang adik beradik itu telah memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya dengan kapsyen yang penuh inspirasi.
Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita di luar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersendiri. Belajarlah untuk sayang, jaga dan menghargai diri sendiri.
Ya, saya hitam, ya saya ada telinga yang besar, ya saya ada hidung yang besar. Saya bercakap begini hanyalah untuk menunjukkan yang saya suka dengan apa yang telah Tuhan berikan kepada saya dan saya bersyukur dapat belajar menghargai diri saya dengan usia sebegini. Saya bersyukur dapat melihat, mendengar, menghidu dan menjalani kehidupan dengan sepenuhnya.
Saya tak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Jangan pernah biarkan masyarakat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbgai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu akan datang dengan sendirinya dan seperti yang saya katakan tadi, ‘apa yang teah kita berikan, pasti akan datang kepada kita semua.
Rata-rata, ramai yang bersetuju dengan Che Puan Khaleeda dan meninggalkan komen masing-masing pada foto yang telah dimuat naik oleh wanita cantik itu.
Che Puan, saya pun dikutuk benda yang sama
Che Puan cantik sangat!
Che Puan inspirasi kami…
Syukur Che Puan tak terjebak dalam perangkap industri kecantikan
Tidak kurang pula, terdapat juga pengikut yang kagum terhadap sikap menantu kepada Tunku Ismail Idris itu.
Sumber : IG Che Puan Khaleeda
Sumber artikel : OhMyMedia
Sumber Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
Demikianlah Artikel Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
Sekianlah artikel Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.