Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis

Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis
link : Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis

Baca juga


Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis



Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 45, berkata golongan selebriti sentiasa menjadi perhatian dan sepatutnya mereka perlu menjaga akhlak.

“Kepada rakan-rakan artis janganlah pergi muat naik foto-foto se ksi dan video cio m m ulut.

“Artis ini banyak yang memerhati. Tambah lagi yang kanak-kanak. Jagalah akhlak,” kata pelakon yang pernah popular menerusi drama Dunia Anita.



Zul memuat naik tegurannya menerusi laman Instagram.

Zul memuat naik teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu dan rata-rata pengikutnya turut menyokong kenyataannya itu.

Menurut mereka, segelintir artis sukar untuk menerima teguran kerana sudah tidak ada lagi perasaan malu melakukan sesuatu yang tidak elok.

” Orang sekarang tak boleh ditegur Zul. Rasanya tak ada istilah jahil kalau hidup zaman sekarang. Ini semua kehendak sendiri di mana tiada lagi perasaan segan silu dan malu.

Zul kini lebih aktif mengikuti dan menyertai ceramah serta forum agama.

” Banyak pengikut artis yang taksub sangat dengan artis. Kita tegur cara elok, kita kena balik. Kita tegur cara kasar nanti dicakap kita tegur cara tak baik.

” Betul… Setuju sangat. Artis ini bila ditegur, ada saja jawapannya. Tunjuklah kelakuan boleh dicontohi sikit,” tulis beberapa pengikutnya di laman sosial.

Difahamkan Zul kini sibuk menguruskan perniagaan kedai makan steamboat miliknya di Meru Raya, Meru, Perak.

Menerusi laman sosial Zul kerap mengikuti dan menyertai ceramah-ceramah agama semenjak beberapa tahun tidak lagi aktif dalam dunia seni.



Terdahuli, pelakon ini dilaporkan kini giat aktif berniaga dan telahpun mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama “ZulYahya”. Selain itu, dia juga kini lebih mendekatkan diri dengan ilmu agama.Tahniah diucapkan.

Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.

Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.

Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya. Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.

Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah.

Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis. Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.



Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya.

Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah. Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab.

Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.

Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.

Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.

Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.

Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.

Untuk mendapat info tentang tempat kedai makannya boleh pergi ke Instagram Zul Yahya Steamboat & BBQ @zulyahya_steamboat_bbq

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Sumber: mstar

Sumber Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis


Demikianlah Artikel Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis

Sekianlah artikel Kawan-kawan Artis Tolonglah Jangan Nak Kongsi Kepada Umum Video Comolot, Anak-anak Tengok Sungguh Tidak Sesuai! - Teguran Zul Yahya Kepada Rakan Artis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: