Permulaan Islam Di Bumi Korea

Permulaan Islam Di Bumi Korea - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Permulaan Islam Di Bumi Korea, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Permulaan Islam Di Bumi Korea
link : Permulaan Islam Di Bumi Korea

Baca juga


Permulaan Islam Di Bumi Korea

Korea Selatan secara umumnya merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar terbuka kepada seluruh rakyatnya dalam aspek kebebasan untuk beragama. Situasi ini adalah berbeza dengan Korea Utara, di mana maklumat mengenai aktiviti keagamaan di negara tersebut tidak begitu diketahui umum atas dasar pemerintahan kerajaannya. Berbalik kepada Korea Selatan, sebahagian besar daripada para penduduknya tidak menganut sebarang agama, manakala hampir 30% daripadanya merupakan penganut agama Kristian dan Buddha. Dalam hal ini, agama Islam merupakan agama minoriti di Korea Selatan, yang mana ia hanya mewakili 0.25% daripada keseluruhan populasi di negara tersebut.

Berdasarkan statistik, jumlah penduduk yang beragama Islam di Korea Selatan adalah di antara 120,000 hingga 130,000 orang, di mana daripada jumlah ini, hanya 30,000 hingga 40,000 orang merupakan rakyat berbangsa Korea, manakala selebihnya adalah penduduk Islam yang datang daripada pelbagai negara lain. Para penduduk Islam ini kebanyakannya datang dari Pakistan, Bangladesh, Iran, Iraq, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia serta negara-negara Islam lain yang berhijrah ke Korea Selatan untuk pelbagai tujuan seperti mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran. Majoriti daripada imigran Islam dari pelbagai negara ini mula memasuki Korea Selatan pada sekitar tahun 1990-an dan 2000.

Sejarah permulaan Islam dalam Kerajaan Silla

Secara asasnya, tidak dapat dipastikan bila tarikh rasmi di mana Islam mula memasuki kawasan Semenanjung Korea. Namun, berdasarkan beberapa catatan sejarah, didapati bahawa hubungan awal antara masyarakat di Semenanjung Korea dengan Islam telah bermula pada sekitar abad ke-7 Masehi, hasil daripada aktiviti perdagangan.

Para pedagang dari Arab dan Parsi telah mengembara dari Timur Tengah ke China dan seterusnya menjalankan perdagangan dengan kerajaan Korea purba, iaitu Silla (668-935 M). Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa hubungan sebenar antara pedagang Muslim dengan Kerajaan Silla ini bukanlah bermula pada abad ke-7, tetapi, dua abad selepasnya, iaitu pada sekitar abad ke-9 Masehi. Ini menunjukkan bahawa kedatangan Islam yang pertama di Semenanjung Korea telah bermula melalui aktiviti aktiviti perniagaan dan perdagangan oleh Muslim dan kedatangan Muslim ini sebenarnya telah dicatatkan sebagai daesik di dalam rekod sejarah Korea Selatan.

Daesik atau dashi dalam bahasa Cina merupakan istilah yang digunakan oleh masyarakat pada waktu itu bagi merujuk kepada orang Islam yang datang ke Semenanjung Korea. Sesetengah ahli sejarah turut berpendapat bahawa faktor lain yang turut membawa Islam ke Semenanjung Korea ini adalah apabila berlakunya peristiwa Pemberontakan Huang-ch’ao di China pada tahun 879 Masehi, terdapat kemungkinan di mana para pedagang Muslim telah melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka ke Semenanjung Korea, dan sekali gus memperkenalkan Islam di situ.

Catatan sejarah oleh sarjana Muslim sendiri seperti Ibn Khurdadhbih (820 – 912) dan Al-Idrisi (1099–1165 atau 1166) telah menggambarkan bagaimana keadaan kerajaan Silla pada masa itu di mana mereka mencatatkan mengenai keadaan cuaca dan landskap Silla yang menyenangkan, masyarakat Silla yang berpendidikan serta taraf hidup mereka yang tinggi. Malah, catatan tersebut turut menyatakan mengenai kewujudan emas yang banyak dalam kerajaan Silla tersebut. Rekod catatan ini merupakan antara bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan yang baik antara orang-orang Islam dengan kerajaan Silla di Semenanjung Korea pada abad ke-9. Catatan mengenai kerajaan Silla oleh para sarjana Muslim ini bukan sahaja meliputi keadaan geografi, malah turut menerangkan mengenai sejarah, gaya hidup serta pengembaraan para Muslim sepanjang berada di dalam kerajaan Silla.

Antara catatan sarjana Muslim yang direkodkan di dalam pelbagai kitab mengenai kerajaan Silla ini ialah:

  1. Ibn Khurdadhbih dalam kitabnya, iaitu al-Masalik wa’l- Mamalik menyebut mengenai kedudukan Silla iaitu merentasi dari Qansu hingga ke hujung negara China.
  2. Ibn Rustah dalam kitabnya, al-A’laq al-Nafisah pula menerangkan mengenai kewujudan emas yang banyak dalam kerajaan Silla
  3. Al-Idrisi (1018-1165) dalam kitabnya, Nuzhat al-Mushtaq fi ikhtiraq al-Afaq menggambarkan mengenai Silla yang mengandungi beberapa pulau lain dengan kedudukan yang rapat antara satu sama lain.

Masyarakat Islam dalam Dinasti Goryeo (918-1392)

Berdasarkan catatan di dalam buku Goryeo-sa (kompilasi rasmi sejarah kerajaan Goryeo) didapati bahawa pada awal zaman pemerintahan kerajaan Goryeo, iaitu sekitar abad ke-11, para pedagang Muslim telah melawat kerajaan tersebut sekurang-kurangnya tiga kali bagi menjalinkan hubungan dengan Goryeo. Rekod pertama bagi kedatangan Muslim ke Goryeo telah ditemui dalam bulan kesepuluh dalam kalendar lunar, iaitu pada tahun 1024. Para pedagang Muslim ini telah berkunjung ke Goryeo dengan pelbagai kapal dan muatan barang yang banyak.

Catatan seterusnya mengenai kehadiran para pedagang Muslim ini telah direkodkan dalam tahun 1040, di mana pada waktu ini, jumlah Muslim yang memasuki kerajaan Goryeo semakin ramai dengan pelbagai jenis produk dan barang mula diperdagangkan. Kebanyakan barang yang dibawa ini adalah unik dan sukar untuk diperoleh di Goryeo, dan para pedagang ini akan menukarkannya dengan ubat-ubatan herba. Sebagai balasannya, Raja Taejo sendiri telah mengurniakan mereka dengan pelbagai jenis kain dan fabrik serta emas.

Apabila Dinasti Mongol Yuan (1279-1368) mengambil alih keseluruhan kerajaan di China, jaringan jalan darat Eurasia mula dibuka. Pembukaan ini telah memberi peluang kepada ramai pedagang Muslim untuk mengembara menggunakan jalan darat berbanding jalan laut. Pada waktu ini, terdapat ramai orang Islam yang berbangsa Arab, Parsi dan Turki yang diberi peluang untuk dilantik berkhidmat dalam kerajaan Mongol, sama ada sebagai tentera atau pegawai pentadbiran. Malah, mereka turut dihantar ke Goryeo sebagai wakil kerajaan dan ini merupakan titik tolak di mana orang-orang Islam ini mula membuka perniagaan mereka di bumi Goryeo.

Ada di antara para pedagang Muslim ini telah diberi taraf sebagai rakyat Goryeo, malah turut dikurniakan nama keluarga Goryeo, dan kini menjadi asas kepada keturunan Jang di daerah Deoksu serta keturunan Seol di daerah Gyeongju. Namun, keadaan ini sebenarnya hanyalah contoh terpencil bagi kesan yang ditinggalkan oleh pedagang Muslim di Semenanjung Korea.

Masyarakat Islam dalam Dinasti Joseon (1392-1910)

Waqaf Saham

Pada permulaan pemerintahan Dinasti Joseon, masyarakat Islam yang berada dalam kerajaan telah bercampur gaul dengan masyarakat tempatan. Namun, komuniti Islam ini sebenarnya lebih selesa untuk berada dalam kelompok mereka sendiri dan mereka juga dibenarkan untuk mengamalkan ajaran agama Islam dan mengekalkan identiti masing-masing. Sesetengah daripada individu Muslim ini turut mencapai status kelas sosial tinggi dan mempunyai peranan dalam kerajaan Joseon, di mana status yang dipegang oleh mereka sudah cukup untuk memberi peluang kepada mereka menjawat jawatan penting di dalam kerajaan.

Terdapat catatan yang direkodkan di dalam Joseon Wangjo Sillok yang menunjukkan bahawa individu Muslim yang memegang jawatan dalam kerajaan ini turut menghadiri majlis-majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak istana, terutamanya sewaktu pemerintahan Raja Sejong. Pada tahun 1418, sewaktu majlis pertabalan untuk raja yang baru, masyarakat Muslim ini dan para sami Buddha turut sama memberi penghormatan, sebaris bersama-sama dengan para pegawai istana Joseon yang berfahaman Confucian.

Malah, pada tahun 1422, sewaktu majlis pengebumian raja sebelumnya diadakan, masyarakat Muslim yang memegang jawatan ini turut sama-sama menyertai majlis berkenaan, yang juga dihadiri oleh para sami Buddha bagi menunjukkan penghormatan terakhir mereka. Namun, keadaan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada para pegawai Istana yang berfahaman Confucian. Implikasinya, pengukuhan kedudukan dan kuasa oleh sesetengah individu Muslim di dalam kerajaan Joseon ini telah menimbulkan ancaman kepada para pegawai Joseon yang berpegang kepada fahaman Confucian di mana mereka enggan untuk berkongsi kekuasaan tersebut dengan mana-mana individu Muslim.

Tekanan serta reaksi yang diberikan oleh para pegawai ini akhirnya telah membawa kepada titah perintah oleh Raja Sejong pada tahun 1427, di mana baginda telah mengeluarkan arahan (polisi) untuk melarang kumpulan minoriti Islam Joseon untuk mengamalkan kepercayaan agama Islam dan memakai pakaian tradisional mereka. Oleh itu, secara rasminya pada tahun 1427, hubungan antara Joseon (Korea) dengan dunia Islam telah terhenti. Kewujudan masyarakat Korea-Muslim akhirnya lenyap secara perlahan-lahan dan kehadiran mereka juga tidak dicatatkan di dalam rekod sejarah.

Keadaan ini pernah dikaitkan dengan teori penghijrahan beramai-ramai masyarakat Islam ini ke China serta negara-negara Islam yang lain bagi melepaskan diri daripada arahan yang telah dikeluarkan pada tahun 1427. Namun, berdasarkan catatan sejarah Korea serta catatan sejarah Islam di China sendiri, tiada rekod yang menunjukkan berlakunya perpindahan masyarakat Islam tersebut ke China, malah pemerintahan Dinasti Ming dan Joseon pada ketika itu yang sentiasa berwaspada dengan pengerakan rakyatnya juga sebenarnya menyukarkan proses penghijrahan ini. Melihat kepada situasi ini, maka para ahli sejarah berpendapat bahawa kebanyakan masyarakat Muslim ini sebenarnya telah berasimilasi dengan budaya Joseon dan terus menetap bersama masyarakat Korea yang lain.

Islam pada era Perang Korea

Perkembangan positif  Islam di Korea mula dirasai pada sekitar abad ke-20, di mana pasukan tentera Muslim Turki telah diarahkan oleh United Nations bagi membantu Korea Selatan dalam menghadapi Perang Korea bersama-sama dengan pasukan dari negara-negara yang lain. Kegiatan dakwah yang turut dijalankan oleh tentera Muslim Turki ini kepada penduduk setempat telah menarik ramai saudara baru ke dalam agama Islam. Malah, sewaktu kehadiran pasukan Muslim Turki ini, masjid pertama di Korea Selatan telah didirikan.

Sejak itu, jumlah penduduk Islam di Korea Selatan semakin meningkat dan meskipun setelah pasukan Muslim Turki meninggalkan Korea Selatan, ajaran Islam masih lagi giat tersebar melalui sesetengah askar yang memilih untuk terus menetap di negara tersebut. Sehingga tahun 1990, sebanyak lima buah masjid telah berjaya dibangunkan di Korea Selatan, menandakan perkembangan Islam yang pesat telah berlaku.

Kesan Tinggalan Islam

Kesan kedatangan Islam yang telah bermula sejak zaman purba Silla sebenarnya telah banyak dilakarkan dalam karya seni oleh masyarakat Korea Selatan. Sebagai contohnya, puisi tradisional Korea, iaitu “Cheoyongga” dan “Ssang-hwajeom” telah menggambarkan kisah-kisah mengenai masyarakat Muslim dari Arab dan Turki. Kesan tinggalan senibina Arab dan Parsi juga masih dapat dilihat melalui bentuk bumbung kediaman yang digunakan di kawasan Buseok-sa dalam daerah utara Gyeongsang.

Kesimpulan

Meskipun sejarah permulaan Islam di bumi Korea tidak banyak dicatatkan di dalam rekod sejarah, namun apa yang pasti, perkembangan Islam di bumi Korea pada masa kini adalah amat memberangsangkan dengan jumlah penganut agama Islam yang semakin meningkat dari hari ke hari. Kegiatan dakwah serta penyebaran ajaran agama Islam di Korea juga telah banyak dilakukan secara terbuka dan masyarakat tempatan telah turut memahami dan belajar untuk menerima Islam dengan terbuka.

Rujukan

Fauziah, F., & Fathiah, F. (2011). Islam in Minority Muslim Countries: A Case Study on Japan and Korea. World Journal of Islamic History and Civilization, 1(2), 130–141. Retrieved from https://ift.tt/2AFEJVO

Hee-Soo, L. (1994). Early Korea-Arabic Maritime Relations Based on Muslim Sources (Vol. 136).

Hee-Soo, L. (2002). The Spread of Islamic Culture to the East Asia Before The Era of Modern European Hegemony. Islam Araostirmalori Dergisi, 7, 57–74.

In-Sung Han, K. (2005). Muslims in Medieval Korea: Personal Encounters with Connected World, 1–13.

Jang, D. J., & Choi, W. J. (2012). Muslims in Korea: The dilemma of inclusion. Korea Journal, 52(2), 160–187.



Demikianlah Artikel Permulaan Islam Di Bumi Korea

Sekianlah artikel Permulaan Islam Di Bumi Korea kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: