“ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP

“ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP
link : “ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP

Baca juga


“ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP

Baru-baru ini, laman web rasmi DAP (pautan: https://bit.ly/2qBSfEd) mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi dalil-dalil DAP harus menyokong ICERD. Kenyataan itu telah dikeluarkan dikeluarkan oleh Chow Yu Hui yang merupakan ADUN TRAS dan Chiong Yoke Kong yang merupakan ADUN bagi kawasan TANAH RATA. Dalam kenyataan itu, mereka menggariskan hujah-hujah mereka kenapa DAP harus menyokong ICERD.

Malangnya, hujah-hujah yang dipaparkan adalah sangat menyedihkan kerana ia seperti sebuah serangan ke atas Hak 153 yang telah lama dipeluk oleh orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Meskipun isinya tidak mengambarkan serangan secara terus, namun bait-bait kata dalamnya mengarah ke arah Hak 153. Tidak percaya? Mari ikuti saya menghayati artikel yang mereka tulis. Kita telusuri setiap maksud yang cuba lemparkan dalam dalil-dalil mereka tersendiri kenapa ICERD harus disokong dan diratifikasikan. Perhatikan…

“Dalam “Deklarasi Setapak”, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”. – Petikan Artikel 

Kenapa Deklarasi Setapak disebut dalam dalil DAP untuk menyokong ICERD? Jawapannya sudah tentu apabila label bumiputera dibuang daripada rakyat Malaysia, maka secara tidak langsung, segala hak dalam 153 yang termaktub dalam perlembagaan akan hilang.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia  merangkumi Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Yang Di Pertuan Agong berperanan dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam

3 perkara utama iaitu perkhidmatan awam, ekonomi dan pelajaran.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Apabila label Bumiputera digugurkan seperti saranan DAP dalam perlembagaan ini digugurkan, apalah lagi ertinya hak 153? Sebab itu dalam ayat awal dalam dalil mereka menyokong ICERD, mereka mengingatkan kita mengenai Deklarasi Setapak yang mereka laungkan sebab ternyata perjuangan mereka-mereka ini dalam memastikan ICERD diratifikasikan tidak lain dan tidak bukan kerana mahu mengacau hak 153.

Dalil mereka yang seterusnya dapat dilihat seperti di bawah:

“Selama berpuluh-puluh tahun ini, DAP kekal menentang dasar asimilasi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional, iaitu dasar “Satu Bangsa, Satu Budaya, Satu Bahasa.” – Petikan Artikel

Dalam bait-bait di atas, kita dapat melihat bahawa DAP mahu ICERD diratifikasikan kerana mereka takut mereka melihat golongan minoriti berasimilasi ke dalam masyarakat utama bangsa Melayu. Maka, hasrat kita untuk melihat bagaimana rakyat Cina dan India di Indonesia diasimilasikan ke dalam masyarakat pribumi sekadar tinggal angan-angan sekiranya ratifikasi ini berjaya. Fantasi kita melihat orang Cina dan India yang fasih berbahasa Melayu, memahami budaya Melayu, bahkan tidak ada masalah diserap ke dalam budaya majoriti seperti di negara luar hanya tinggal angan-angan sahaja.

“Visi DAP adalah membina sebuah masyarakat yang tiada pengasingan di antara warna kulit atau kaum. DAP memperjuangkan masyarakat yang memberi peluang saksama kepada setiap individu untuk mengejar dan merealisasikan impian masing-masing.” – Petikan Artikel

Selepas memulakan ayat mahu menghapuskan label bumiputera dan menolak asimilasi, mereka memberitahu visi mereka adalah untuk menentang pengasingan kaum (label Bumipyutera yang wujud) dan memperjuangkan saksama kepada setiap individu (secara tidak langsung memberitahu kepada kita bahawa hak-hak yang memberikan kelebihan kepada Bumiputera harus dihapuskan dengan ratifikasi ini. Mungkin sebab itu DAP menyebut.

“Maka, sebagai ahli DAP, kami patut memahami erti sebenar dan justifikasi kesamarataan kaum.” – Petikan Artikel

Waqaf Saham

Kesamarataan kaum ini membawa maksud kepada penghapusan hak Bumiputera? Kita perhalusi kenyataan daripada DAP yang seterusnya dibawah:

“Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.”

Apa sistem dan dasar perkauman secara beransuran ini? Sekolah Cina? Saya yakin bahawa suara DAP bukanlah merujuk kepada sekolah vernakular tersebut. Tentunya dasar dan sistem perkauman ini merujuk kepada semua yang dimiliki oleh orang Melayu seperti UiTM, diskaun membeli rumah sebagai Bumiputera dan seumpama dengannya. Semua yang termaktub dalam 153 yang dirujuk sebagai memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran.

“Jangan sesekali terpengaruh dengan kenyataan bahawa perpaduan rakyat hanya boleh dicapai dengan merendahkan status atau kedudukan kaum masing-masing.” – Petikan Artikel

Bagi mereka, selagi wujud dasar dan sistem yang berkaitan dengan 153 ini, maka perpaduan tidak akan mampu dicapai di Malaysia.

“Sekiranya DAP masih bertekad untuk menjadi sebuah “parti untuk semua rakyat”, caranya bukanlah untuk menggesa rakyat merendahkan status bangsa masing-masing, atau hanya membawa masuk ahli baru yang berlainan kaum.” Petikan Artikel

Hak 153 dianggap sebagai sebuah dasar yang merendahkan status bangsa masing-masing. Dan kemudian, semua dalil-dalil dan bunga-bunga menentang “ketidaksamarataan” di Malaysia ini diakhiri dengan kesimpulan mereka bahawa semua yang mereka letakkan sebagai ketidakadilan di Malaysia boleh dihapuskan dengan ratifikasi ICERD.

“Ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan ICERD. (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD))

Seterusnya, DAP perlu memperbetulkan sistem dan dasar perkauman Barisan Nasional secara beransuran, dan sekali gus menghentikan politik perkauman selama ini.

Gantikannya dengan dasar yang berkepentingan memelihara hak setiap kaum, agar semua bangsa di Malaysia dapat terus hidup makmur bersama, demi negara yang mendukung prinsip kita semua sama.”

DAP menyeru supaya ICERD diratifikasikan demi membetulan sistem dan dasar perkauman di Malaysia, dan segala dasar-dasar yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu digantikan dengan dasar yang bagi mereka lebih “memelihara hak setiap kaum”. 

Jadi, di sini daripada kata-kata DAP ini, segala ketakutan kita semua mengenai ICERD sudah jelas. Ia digesa untuk diratifikasikan kerana mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu miliki sebagai sebuah dasar yang perkauman, merendahkan bangsa lain, dan tidak wujud elemen kesamarataan yang mereka mahukan.

Jadi, ini bukan sekarang waktu untuk melaungkan perlembagaan kan ada seperti mana kita selalu tipu diri kita. Ini masa untuk kita umat Melayu tidak kira dari parti apa-apa pun, bersatu hati seperti nenek moyang kita melawan Malayan Union dahulu demi menentang Malayan Union 2.0 ini, supaya hak 153 ini kekal terpelihara sampai bila-bila wujudnya negara Malaysia ini. Pertahankan hak kita sebagai pribumi di Malaysia!

Perlembagaan Singapura turut menyatakan kesediaan kerajaan mereka menjaga orang Melayu, tetapi di manakah Melayu Singapura hari ini? Ada antara mereka yang tidak mampu bertutur dalam Bahasa Melayu pun. Bahasa asing seperti Bahasa Inggeris kini menjadi lidah rasmi mereka! Hak Keistimewaan? Hanya di atas kertas sahaja. Jadi, kalian yang membaca artikel ini, ayuh kita nyatakan sesuatu membantah ICERD.

-HE-



Demikianlah Artikel “ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP

Sekianlah artikel “ICERD Harus Disokong Demi Menghapuskan Dasar “Perkauman” Di Malaysia – DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: