Judul : "Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati
link : "Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati
"Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati
Ellie berkata, di dalam karekter sesebuah filem serta karya-karya, terdapat watak seperti tali barut serta pejuang dan dia memilih untuk menjadi pejuang untuk orang Melayu serta agama Islam. Menurutnya, perjuangannya itu adalah untuk anak bangsa dan dia percaya ianya penting untuk ditinggalkan generasi akan datang terutamanya bangsa Melayu.
“Orang cakap saya makan dedak, orang cakap saya tak laku, orang cakap macam-macam. Bagi saya itu orang cakap. Perjuangan itu harus lebih dari orang cakap dan saya memilih untuk menjadi pejuang kerana prinsip berani kerana benar. “Kenapa saya sokong Datuk Seri Najib sedangkan beliau berhadapan dengan perang persepsi sejak bertahun-tahun lalu. Saya letak tengkuk saya menyokong orang yang ditembak hidup-hidup, namun saya percaya dengan prinsip berani kerana benar,” katanya dalam siaran Sinar Live, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kemunculannya di Mahkamah Kuala Lumpur dalam kes membabitkan Mantan Perdana Menteri ke-6. Ellie berkata, semasa pemerintahan Umno (BN), dia tidak banyak terlibat dalam politik dan hanya memfokuskan kepada hasil karyanya sahaja. Menurutnya, kesedaran politiknya hanyalah sekadar berbual dengan suaminya dan ianya tamat di situ. “Tetapi benar kata Datuk Seri Najib, apabila Umno tidak berkuasa, orang-orang Melayu dan agama Islam akan tercabar… Orang Melayu bakal jadi bangsat di negara sendiri.
“Bagi saya Umno bukanlah parti rasis tetapi Umno sebuah parti yang menjaga perpaduan kaum… bila hak sama rata ini dikempenkan ini sama sekali tindakan tidak baik untuk membina negara yang mencintai sesebuah negara. Ellie berkata, sebaik BN kalah teruk dalam PRU14 lalu, dia terus memikirkan nasib orang Melayu dan apa yang bakal berlaku terhadap orang Melayu di negara sendiri.
“Saya ingin menyentuh tentang kempen sama rata PH, saya sangat gusar dengan hak sama rata… kedengarannya memang lunak tetapi ia bakal memecah-belahkan kaum atas kehendak sama rata ini. Rakyat harus tahu apa sebenarnya hak sama rata. “Atas dasar kesedaran nasib Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, saya masuk Umno kerana itu adalah parti keramat. Saya kaji parti-parti lain dan kaji sosok pemimpin.
“Saya pelik orang panggil saya rasis. Ketirisan hak melayu berlaku setiap hari,” tegasnya dengan menyentuh beberapa perkara berkaitan bangsa Melayu. Antaranya kenyataan rasmi yang dikeluarkan menteri dalam bahasa bukan Melayu, sidang media pertama oleh Peguam Negara, Tommy Thomas di Mahkamah Kuala Lumpur dalam bahasa Inggeris dan isu pengiktirafan Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC).
“Sesiapa yang tidak ikut perkembangan semasa dia akan ketinggalan dan dia akan rasa selamat. Apa tranformasi yang berlaku dalam negara dan kita baca dalam media sosial. Bangsa-bangsa lain pun hentam Islam.
“Kita sebelum ini menjaga nilai sensitiviti itu dalam Rukun Negara supaya tak langgar dan menyakiti mana-mana bangsa… tapi kini semangat antara lain-lain bangsa sangat ketara kemarahannya. Sebelum ini dalam kerajaan terdahulu (BN), kurang ajar dan biadap ini tidak terlalu berlaku.
Sumber "Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati
Demikianlah Artikel "Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati
Sekianlah artikel "Saya Pilih Untuk Jadi Seorang Pejuang, Bukan Tali Barut Macam Sesetengah Orang" - Ellie Suriati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.