Judul : Rahsia 4 Langkah Merancang Video Testimoni Yang Berpengaruh
link : Rahsia 4 Langkah Merancang Video Testimoni Yang Berpengaruh
Rahsia 4 Langkah Merancang Video Testimoni Yang Berpengaruh
Pernah tak anda terfikir untuk melakukan testimoni berbentuk video. Prosesnya mungkin agak rumit dan memakan masa berbanding testimoni melalui ‘screenshot’ perbualan Whatsapp yang biasa dilakukan oleh kebanyakan bisnes.
Kini testimoni WHATSAPP tidak lagi relevan walaupun memang kita akui masih ramai yang gunakan dan masih ada sebilangan pelanggan yang yakin dengan testimoni sebegitu. Mengapa tidak anda mengorak langkah melakukan transformasi kepada marketing bisnes anda?
Video testimoni jika dilakukan dengan langkah-langkah yang kami kongsikan ini mempunyai kuasa pengaruh yang lebih kuat berbanding testimoni biasa. Bukan sahaja jualan akan meningkat malah ‘trust’ dalam kalangan pelanggan juga akan bertambah kukuh terhadap bisnes anda. Nak tahu caranya? Jom baca ini.
1) Cari Pelanggan Yang Membeli Lebih 3 Kali
Pasti ada sekurangnya seorang atau 2 orang yang pernah repeat order dengan anda lebih 3 kali. Pernah tak anda terfikir apa yang menyebabkan mereka gemar dengan produk atau servis anda? Apa faktor kekerapan pembelian itu berlaku?
Carilah mereka hingga ke lubang cacing sekali pun kerana mereka akan menjadi duta secara tidak langsung kepada bisnes anda. ‘Feedback’ mereka secara spontan dan telus mengenai sebab mereka membeli berkali-kali dengan anda akan menjadi ‘mutiara’ yang berharga buat bisnes anda. Sebab itulah pentingnya data pelanggan.
2) Pilih Beberapa Pelanggan Yang Mempunyai Pekerjaan Berbeza
Setelah anda mengenalpasti mereka. Sekiranya anda mempunyai koleksi pelanggan tersebut dalam jumlah yang ramai, maka anda harus memilih. Pilih pelanggan yang mempunyai kerjaya atau latarbelakang yang berbeza bagi mewujudkan variasi. Pentingnya variasi ini adalah kerana orang akan lebih mudah yakin dan percaya jika mereka bekerja dalam sektor yang sama.
Contohnya jika pelanggan anda ialah seorang guru. Kebetulan yang melihatnya juga seorang guru. Maka psikologi mereka akan lebih mudah dipengaruhi dengan video testimoni tersebut lagi-lagi jika mereka mengaitkan situasi kerja mereka dalam keperluan menggunakan produk atau servis anda.
3) Cari Beberapa Pelanggan Yang Mempunyai Masalah Yang Berbeza.
Langkah ini sama juga tujuannya seperti langkah di atas iaitu mempengaruhi psikologi orang ramai yang menonton video testimoni anda. Namun langkah ini lebih mempunyai kuasa pengaruh yang lebih tinggi kerana ia melibatkan emosi. Orang akan mudah tersentuh emosi mereka jika melihat orang yang mengalami masalah yang sama seperti mereka.
Perbezaan setiap masalah yang mereka alami juga mampu membuktikan bisnes anda mempunyai penyelesaian kepada masalah-masalah yang difokuskan. Pelanggan akan merasa mereka senasib dengan pelanggan di dalam video testimoni itu maka emosi mudah tergerak untuk memulakan langkah seterusnya iaitu menghubungi anda.
4) Buat Jemputan Kepada Mereka Dengan Menawarkan ‘Win-win Situation’.
Kini mulakan langkah terakhir untuk anda mendekati mereka dengan membuat jemputan kepada pelanggan yang telah dikenalpasti itu. Jemputan bukanlah sekadar jemputan kosong. Pastikan ada sesuatu yang mereka perolehi setelah sudi bekerjasama bagi menjayakan video testimoni itu. Inilah yang dinamakan win-win situation.
Bagi pihak anda, jelas anda akan memiliki faedah yang menguntungkan daripada video testimoni. Bagi pihak pelanggan tersebut mungkin anda boleh menawarkan sejumlah wang, baucer diskaun, belanja mereka makan di tempat yang menarik atau apa sahaja yang buatkan merasa berasa dihargai atas masa dan tenaga yang diluangkan bagi tujuan video itu.
Jadi tunggu apa lagi. Mula bertindak sekarang!
Sumber Rahsia 4 Langkah Merancang Video Testimoni Yang Berpengaruh