Melayu Bukan Pendatang!

Melayu Bukan Pendatang! - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Melayu Bukan Pendatang!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Melayu Bukan Pendatang!
link : Melayu Bukan Pendatang!

Baca juga


Melayu Bukan Pendatang!

Dulu dulu dulu sebelum 200 BC lagi (BC tu Before Christ atau Sebelum Masihi, maksudnya 2218 tahun yang lalu), kawasan yang dikenali sebagai Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina ni dah didiami oleh kumpulan etnik yang bertutur dalam Bahasa “Austronesian” (orang laut) dan “Austroasiatic” (orang darat). Austronesian ni lah kelompok yang dikenali sebagai orang Melayu pada hari ni, cuma waktu 200 BC tu belum ada temui catatan yang menunjukkan kawasan itu dikenali sebagai kawasan Melayu.

Kemudian sekitar abad ke-8 Masihi (CE = Common Era), orang Austronesian ni mendirikan satu entiti politik yang dikenali sebagai Srivijaya yang meliputi kawasan Sumatra dan Semenanjung Melayu. Waktu ni dah ada catatan yang mengaitkan Srivijaya dengan “Melayu”. Jadi Srivijaya boleh dikenali sebagai sebuah empayar Melayu. Nampak tak batas Semenanjung Melayu waktu tu sampai ke selatan Thai (waktu tu tak muncul lagi entiti yang dikenali sebagai Siam mahupun Thailand).

Pasal Kesultanan Melaka (pewaris Srivijaya) tu boleh skip. Kita terus ke pasca Kesultanan Melaka pada pertengahan abad ke-16. Selepas kejatuhan Melaka, Kesultanan Johor dan Kesultanan Perak menyambung warisan Kesultanan Melayu itu. Jadi kawasan Johor boleh nampak masih meliputi sebahagian dari Sumatra. Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatra pun dikira sebagai kerajaan Melayu.

Pastu kita ke 300 tahun kemudian, pertengahan abad ke-19. Kesultanan Johor sudah mengalami perpecahan kepada Johor dan Riau-Lingga. British dan Belanda juga buat perjanjian memisahkan Semenanjung dan Sumatra. Jadi tiada lagi entiti politik yang menyatukan Sumatra dan Semenanjung serta pulau-pulau yang lain.

Pastu nampak tak apa yang Siam buat. Siam merampas semua kawasan Melayu di utara Semenanjung, sampai tahun 1909 baru diorang lepaskan. Tapi negeri-negeri asal Melayu seperti Patani dan Nakhon Sri Thammarat kekal dalam tangan Siam lah. Tu sebab ada Melayu di selatan Thailand. Jangan korang pergi buat lawak panggil diorang “pendatang” ke Thailand pula.

Kalau lihat pada evolusi geo-body Melayu, bukan Orang Melayu yang “pushed back” kaum dan etnik lain, tapi Orang Melayu sendiri yang kena “pushed back” sehingga kawasan Melayu tu jadi semakin kecil. Ni belum ambil kira lagi dasar British yang telah mengubah struktur populasi di Semenanjung Melayu sehingga ia berubah dari kawasan Melayu kepada kawasan plural race.

So orang yang asyik cakap Melayu pendatang Melayu pendatang tu, boleh tak bagi pencerahan dari mana Melayu datang, dan sejak bila Melayu datang?

Sejarah lebih mudah dengan visualization.



Demikianlah Artikel Melayu Bukan Pendatang!

Sekianlah artikel Melayu Bukan Pendatang! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: