Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100

Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100
link : Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100

Baca juga


Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100



Seorang ‘penanda kertas’ memberikan markah 39/100 terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq.

PETALING JAYA: “Kalau saya, bagi markah 30 sahaja,” itulah komen yang diberi seorang sarjana pendidikan bahasa Melayu berhubung kenyataan media yang dikeluarkan menteri belia dan sukan yang tular pada Isnin.

Guru bahasa Melayu, Rozziana Ismali berkata, terdapat penggunaan perkataan yang membawa maksud sama, tetapi digunakan berulang kali dalam satu perenggan.



Kenyataan media bertajuk “Berhubung isu pelepasan pemain skuad bola sepak Bawah 23 negara bagi temasya Sukan Asia 2018” yang dikeluarkan pada Ahad oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu menjadi bahan ejekan netizen di media sosial.

Isu berkenaan tular selepas pengendali sebuah laman Facebook memuat naik kembali kenyataan media tersebut dan memberikan komen mengenai tatabahasa serta struktur ayat yang digunakan oleh ahli Parlimen Muar itu.



Kiri: Kenyataan media asal oleh Syed Saddiq. Kanan: Komen oleh ‘penanda kertas’ ke atas kenyataan media tersebut.

Pada posting tersebut, ‘penanda kertas’ kenyataan media itu memberikan markah 39/100 kepada Syed Saddiq.

“Saya dah lihat komen yang ditulis di atas kenyataan media itu. Memang ada yang betul dan ada yang tidak betul.

“Terdapat banyak penggunaan kata yang berulang dalam satu ayat.

“Misalnya, perkataan ‘bagi’ tidak boleh diguna dua kali dalam ayat yang sama. Ia boleh digantikan dengan perkataan ‘untuk’,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Rozziana yang juga berpengalaman lapan tahun sebagai guru bahasa Melayu berpandangan kenyataan media tersebut setara dengan karangan pelajar yang menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).



Antara komen yang ditinggalkan oleh pengguna Facebook.

Tambahnya, penulisan ayat dalam beberapa perenggan kenyataan tersebut seharusnya diringkaskan dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah difahami memandangkan ia pada asalnya dimuat naik menerusi akaun Facebook Rasmi KBSMalaysia.

Menurut guru yang mengajar di Lubok Antu, Sarawak itu, dia memahami perkara yang ingin disampaikan oleh Syed Saddiq, namun cara penyampaian yang digunakan adalah berbelit.

“Mungkin beliau menggunakan laras bahasa politik sebab itu ada orang yang tidak faham setelah membaca kenyataan media tersebut.

“Lebih cantik lagi jika YB Syed Saddiq menggunakan bahasa Melayu laras biasa supaya mudah diterima oleh orang awam,” katanya.

Sumber : Mstar

Sumber Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100


Demikianlah Artikel Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100

Sekianlah artikel Guru Bahasa Malaysia Ini Nilai Tahap Penulisan Syed Saddiq Sama Level Dengan Murid Darjah 3 Apabila Gaya Penulisan Beliau Hanya Dapat Markah 30/100 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: