Judul : Ulasan Filem: Pulang (2018)
link : Ulasan Filem: Pulang (2018)
Ulasan Filem: Pulang (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Kabir Bhatia
Pengarah | Kabir Bhatia
Pelakon | Remy Ishak, Puteri Aisyah, Jalaluddin Hassan, Azrel Ismail, Erwin Dawson
Kabir Bhatia sememangnya pengarah yang tidak dapat disangkal lagi dengan visi dan imaginasinya yang hebat. Pengarah ini sentiasa memikirkan sesuatu kisah yang abstrak, bertema cinta dan juga dekat dengan kehidupan untuk diceritakan.
Pulang ialah satu lagi kisah cinta yang merentas zaman yang menceritakan tentang pengorbanan dan kehidupan. Kisah adaptasi kelasi kapal Melayu yang sebenar ini sebenarnya ialah sebuah naskah yang tidak pernah ada dalam industri perfileman Melayu setakat ini.
Bayangkan, bagaimana sebuah filem bertemakan lautan dan kapal dihasilkan dengan kesan khas yang agak banyak dan pula rekaan set untuk menggambarkan ruang masa zaman yang klasik. Semua itu menjadi tarikan kepada filem Pulang.
Pulang mengisahkan bagaimana ujian cinta Che Tom terhadap suaminya, Othman. Othman berjanji untuk pulang selepas menjadi kelasi kapal. Malangnya, ketika Che Tom melepaskan Othman pergi, itulah kali terakhir Othman berada di sampingnya.
Kisah Pulang diceritakan merentasi tiga zaman. Dan filem ni juga dipenuhi dengan flashback dan juga unsur penceritaan yang memang unik dan juga menjadikan filem ini kelihatan mahal untuk dilihat sebagai sebuah filem.
Aku gemar melihat visual filem ini yang mana amat cantik dan memukau. Kita semua tahu, Kabir Bhatia memang sentiasa mengisi ruang filemnya dengan kerja kamera yang bagus. Pulang tidak terlepas daripada ini. Dan ianya menakjubkan.
Sebagai sebuah filem epik, filem ni banyak menggunakan teknik CGI untuk menggambarkan lokasi dan tempat yang sukar untuk digambarkan dengan set sebenar. Di sinilah punca kelemahan filem Pulang yang sukar untuk ditutupi.
Beberapa scene di atas kapal, terutama scene kebakaran kapal Swyre gagal dibina dengan kemas. Grafik CGInya nampak terlalu fake dengan visual api yang memang gagal untuk disempurnakan dengan jayanya. Scene tersebut nampak separuh siap. Beberapa scene CGI juga kelihatan janggal dan boleh diketahui cacat celanya.
Namun, pujian harus diberikan pada team kesan khas kerana berjaya mencipta suasana lautan dengan agak menarik. Scene kapal karam juga aku sifatkan berjaya kerana bukan senang untuk menghasilkan visual sedemikian. Untuk level Malaysia, ianya bagus sebagai permulaan. Itu ialah antara bahagian filem ini yang aku kagumi dan berharap akan ada yang sebegitu lagi dalam filem mendatang.
Suntikan jiwa melalui muzik skor garapan Aubrey Suwito juga ialah antara faktor utama yang mampu membawa kita ke dunia Che Tom dan Othman. Muziknya memang cantik dan syahdu sekaligus menjadikan filem ni lengkap dengan runut bunyi yang sesuai dengan zamannya.
Lakonan Remy Ishak tidak dinafikan menjadi tonggak utama filem ini. Sempurna! Remy Ishak mengingatkan aku kepada 29 Februari dan juga Nur Kasih The Movie. Lakonan babak sedihnya sentiasa menjadi kekuatan untuk menarik emosi penonton.
Puteri Aisyah sememangnya berjaya menjentik hati aku untuk melihat penderitaan seorang isteri yang sedang menantikan suami tercinta. Lakonannya cemerlang dan memuaskan. Begitu juga dengan Azrel Ismail dan Erwin Dawson yang melengkapkan cerita.
Secara keseluruhan, Pulang berkisar tentang pengorbanan dan cinta. Bagi yang mengharapkan sebuah kisah yang dipenuhi dengan pelbagai aksi, filem ni sememangnya bukan untuk anda. Kabir Bhatia mengajak kita berfikir dan melihat sebuah kisah yang berlaku di dunia nyata dalam sebuah visual yang memukau. Dan jika kau malas menghayati, Pulang bukanlah sesuatu yang perlu kau tonton.
Naskah Pulang mungkin boleh aku sifatkan sebagai naskah berani Kabir Bhatia. Ini kali, buat pertama kali aku melihat Kabir Bhatia menggunakan elemen kesan khas sehabis mungkin untuk menggambarkan dunia epiknya. Terbaik!
Pulang ialah sebuah filem epik cinta pengorbanan yang memilukan dan juga penuh dengan pengajaran. Ianya sebuah kisah cinta agung yang sememangnya sukar dicari dalam industri filem kita. Meraikan filem Pulang di pawagam ibarat meraikan sebuah permata yang sukar dicari yang kini dijumpai. Terbaik!
Demikianlah Artikel Ulasan Filem: Pulang (2018)
Sekianlah artikel Ulasan Filem: Pulang (2018) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.