Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda

Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda
link : Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda

Baca juga


Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda

Bagi bisnes yang baru bermula mereka akan berhadapan dengan isu bagaimana untuk membina audien dalam kalangan pelanggan sasaran bagi bisnes yang mereka jalankan. Pelbagai usaha dilakukan untuk untuk meningkatkan jualan dan ada juga yang mengaplikasikan teknik pemasaran yang mereka pelajari ke dalam bisnes mereka tetapi gagal.

Ada yang membuat laman web, blog, Facebook dan pelbagai lagi platform untuk menjual produk atau perkhidmatan mereka. Tidak terhad untuk bisnes online bahkan bisnes offline juga sudah mula melakukan cara ini. Cukupkah sekadar ada semua itu tetapi audien hambar? Apa kesilapan yang telah dilakukan? Mari kita selongkar.

1) Tidak Ambil Maklumat Pelawat

Bisnes anda telah meletakkan kandungan (konten) yang hebat di dalam laman web bisnes dan telah memperolehi trafik yang bagus secara organik melalui SEO. Itu cukup membanggakan. Namun adakah anda membiarkan pelawat laman web anda masuk dan pergi begitu sahaja?


Sumber Foto: Google

Anda harus meletakkan nilai tambah untuk pelawat ini berkongsikan maklumat mereka seperti nama dan alamat emel bagi kegunaan akan datang. Nilai tambah itu boleh dalam berbentuk newsletter, e-book dan apa juga perkongsian yang bermanfaat untuk mereka supaya mereka mempunyai alasan yang kuat untuk meninggalkan maklumat mereka kepada anda.

2) Keliru Antara Kualiti Atau Kuantiti Konten

Pentingnya sesebuah bisnes itu mengemaskini konten laman web mereka supaya sentiasa dilihat online atau aktif oleh pelawat yang mengunjungi laman web tersebut. Pelawat akan memberi tanggapan bahawa bisnes anda tidak profesional sekiranya post dan video kurang bersemangat serta kemaskini yang tidak menentu. Jelas ia kan menjejaskan imej bisnes anda.

Sebenarnya bagi bisnes yang sudah lama sememangnya kualiti dan kuantiti sesebuah konten itu adalah sama penting. Namun untuk bisnes yang baru bermula, isu yang selalu dihadapi adalah terikat pada sumber atau dana. Oleh itu kami sarankan anda memilih KUALITI. Utamakan kualiti sesuatu konten supaya ia memberi impak yang tinggi kepada bisnes.


Sumber Foto: Google

Jangan pula sampai kuantiti diabaikan. Jangan terlalu sedikit. Letakkan jadual berapa jumlah post untuk dijadikan sebagai konten. Cuba untuk mendisiplinkan diri untuk akur dengan jadual yang ditetapkan. Plugin seperti Editorial Calendar pada laman web boleh membantu anda dalam menyusun jadual konten dan memudahkan ia diterbitkan secara automatik dengan fungsi ‘schedule’ di dalamnya.

3) Penyampaian Mesej Kurang Berkesan

Produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan sudah bagus tetapi mampukah ia kelihatan bermanfaat di mata mereka? Pentingnya untuk anda tahu mengaitkan kegunaan produk atau perkhidmatan mereka dengan masalah mereka. Penyampaian mesej itu haruslah tepat kepada pelanggan sasaran.

Banyak bisnes yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bagus tetapi tidak menerima sambutan yang bagus daripada pelanggan. Biasa kita dengar bukan? Puncanya adalah mereka tidak cakna atau ambil peduli dengan kepentingan dan kuasa penyampaian mesej yang berkesan. Lihatlah bagaimana kemampuan konten untuk bercakap kepada pelanggan sasaran bagi pihak bisnes anda.


Sumber Foto: Google

Jangan biarkan audien laman web anda berasa keliru dan bosan dengan konten yang anda paparkan pada laman web anda. Mereka tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan teks pengenalan daripada dan sepatutnya lebih bertumpu untuk memahami bisnes yang anda jalankan. Biar ringkas, padat dan mudah difahami. Ingat! Anda sebenarnya telah mencuri masa mereka. Maka gunakan masa itu dengan bijak.

4) Konten Berkualiti Tapi Marketing Kurang

Wah! Menariknya blog anda. Cantiknya laman web anda. Bagusnya konten yang dikongsikan. Tapi siapa yang kisah semua tu kalau tiada orang yang nak tengok? Sebab itulah pentingnya marketing. Kebanyakan usahawan baru terlalu fokus untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang betul dan lupa pemasaran juga adalah perkara yang wajib ditekankan.

Kebanyakan usahawan baru mahu melakukan semuanya dengan sendiri. Merekalah yang buat produk, mereka yang layan pelanggan, mereka yang ‘promote’ bisnes mereka sendiri. Itulah dia CEO (Chief Everything Officer). Apabila terlalu banyak sangat perkara dilakukan sendiri maka hasilnya akan menjejaskan produktiviti sesuatu tugasan itu.


Sumber Foto: Google

Laburkan sebahagian dana untuk mengambil ‘marketer’ yang berpengalaman supaya mereka boleh tertumpu untuk membantu marketing bisnes anda. Mereka tahu bagaimana untuk menjadikan bisnes anda NAMPAK di mata pelanggan sasaran. Pada peringkat awal, apa yang lebih penting dalam bisnes adalah untuk MENARIK PERHATIAN AUDIEN.

Sumber informasi: Pratik Dholakiya



Sumber Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda


Demikianlah Artikel Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda

Sekianlah artikel Elakkan Kesilapan Ini Dalam Membina Audien Bagi Bisnes Anda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: