Judul : Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru...
link : Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru...
Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru...
Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pagi tadi, menjadi bukti kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang mula mengancam kesucian Islam dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata himpunan itu juga menjadi petanda sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.
“Umat Islam dan orang Melayu terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita, terutama selepas 9 Mei lalu, yang mana mengancam kedudukan dan masa depan agama Islam serta kedudukan orang Melayu.
“Rakyat dengan sendirinya bangkit dan menunjukkan kemarahan bahawa perkara ini amat tidak disenangi oleh mereka. Ini juga menjadi petanda sokongan kepada PH semakin menurun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun di sini, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.
Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.
Mengulas mengenai kehadiran bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pada perhimpunan itu, Najib berkata, Rais sebagai pejuang bahasa, sememangnya perlu menunjukkan bantahan secara terbuka.
“Sebagai pejuang bahasa dan berdasarkan pada Perlembagaan negara, kredibiliti beliau akan dipersoalkan jika tidak hadir dan menyuarakan bantahan secara terbuka,” katanya.
Sementara itu, Lokman mempertikaikan langkah kerajaan yang hanya memfokuskan bantuan kepada satu kaum.
“Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat pusingan U dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan daripada kerajaan.
“Kalau sekolah persendirian Cina boleh dapat bantuan, bagaimana dengan sekolah persendirian Tamil, sekolah agama dan lain-lain?” katanya.
SUMBER : BHARIAN
Sumber Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru...
Demikianlah Artikel Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru...
Sekianlah artikel Bekas Perdana Menteri, Najib Razak Akhirnya Bongkar Beritahu Keadaan Rakyat Yang Sudah Mula Berubah Terhadap Kerajaan Baru... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.