Judul : Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir
link : Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir
Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kalau boleh beliau mahu bekerja 36 jam sehari.
“ Saya sudah gunakan masa saya sepanjang yang boleh. Saya sekarang kerja 24 jam sehari.
“ Kalau sehari lebih panjang 36 jam, saya akan kerja 36 jam, ” ujar beliau di lobi parlimen hari ini.
Beliau ditanya pemberita sama ada beliau berpuas hati dengan jumlah kehadirannya serta menteri dan timbalannya di parlimen.
Kehadiran rendah anggota parlimen utama dalam pentadbiran terdahulu kini kembali menghantui Pakatan Harapan.
Anggota parlimen BN telah membangkitkan perkara itu selepas kesemua menteri dan timbalan menteri tidak hadir Rabu lalu kerana menghadiri mesyuarat kabinet.
Susulan itu, mesyuarat kabinet diubah kepada hari Jumaat.
Mengulas itu kehadiran, Mahathir mengingatkan supaya kehadiran anggota parlimen utama dipertingkatkan.
“ Saya tidak pernah puas hati dalam semua perkara. Saya rasa mereka perlu perbaiki kehadiran tetapi mereka patut ada alasan untuk tidak hadir ke parlimen, ” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan meletakkan indeks prestasi utama (KPI) dalam Dewan untuk anggota kabinetnya.
“ Seseorang itu boleh kerap hadir seboleh mungkin. Tetapi mereka juga ada tugas lain.
“ Mereka harus tunaikan tanggungjawab itu kerana parlimen bersidang hampir sehari penuh dan bolehkan seseorang itu kerja ketika sidang parlimen 20 hari? Mereka tidak boleh kerja, ” katanya.
“ Ini tidak praktikal. ” katanya lagi.
-malaysiakini
Sumber Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir
Demikianlah Artikel Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir
Sekianlah artikel Kalau Boleh Saya Nak Kerja Sehari 36 Jam - Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.