Judul : Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama...
link : Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama...
Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama...
Tentu ramai yang sedar diri mereka berstatus musafir ketika berhenti di Hentian RnR Lebuhraya untuk menunaikan solat, namun tak tahu tatacara dan panduan yang betul tentang Solat Jamak dan Qasar.
Biasanya di RnR juga ada sediakan panduan ini di dinding surau tapi setiap kali singgah kita baca, kemudian lupa. Singgah lagi, baca dan lupa lagi mungkin kerana tidak dipraktikkan, kita akan selalu lupa.
Apa tidaknya, jika tidak selalu diamalkan, kita akan terlupa cara solat jamak. Kena selalu praktis cara solat jamak jika bermusafir agar terus lekat dalam kepala.
Di bawah ini ialah panduan sembahyang musafir atau cara solat jamak yang diambil menggunakan kamera di salah satu Hentian RnR PLUS. Cara Solat Jamak
Apabila bermusafir, tidak kira menaiki kenderaan di darat, laut atau udara, kita dibolehkan melakukan solat jamak.
Namun, bagi orang yang tidak biasa, tentu agak janggal. Oleh yang demikian, ini adalah perkongsian agar kita dapat ketahui cara solat jamak taqdim dan takhir dari sumber yang mempunyai kredibiliti iaitu JAKIM.
Apa Itu Solat Jamak? Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
2. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
Apakah Syarat Solat Jamak? Untuk solat jamak taqdim :
1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.
2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
Untuk solat jamak taakhir :
1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
Bagaimana Cara Dan Contoh Niat Solat Jamak? Untuk jamak taqdim :
1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat.
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala).
2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
Untuk jamak taakhir :
1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat.
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah).
2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah).
Sekian Terima Kasih,Dipersilakan share jika bermanfaat untuk anda semua.
Sumber Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama...
Demikianlah Artikel Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama...
Sekianlah artikel Inilah Cara Melakukan Solat Jamak Taqdim Dan Taakhir Yang Sebetulnya Dari JAKIM , Jangan Lupa Sebarkan Untuk Pengetahuan Bersama... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.