Judul : PPBM kecoh, Wan Azizah tidak yakin PH menang
link : PPBM kecoh, Wan Azizah tidak yakin PH menang
PPBM kecoh, Wan Azizah tidak yakin PH menang
Sebahagian 40 anggota PPBM membantah terhadap keputusan agihan kerusi DUN PRU14 Negeri Sembilan pada Konvensyen PH hari ini. — Foto BernamaSEREMBAN, 28 Jan ― Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini kecoh selepas terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi.
Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati apabila diberikan hanya enam daripada 36 kerusi yang dipertandingkan , lapor Sinar Harian.
“Kami yakin akan menang di 10 kawasan, tetapi cuma dapat enam. Sekarang ni kami dicampak ke kawasan hitam,” kata ahli PPBM bahagian Jempol Amiruddin Aman.
Dalam kejadian di hujung program di Wisma City Kingdom, beberapa anggota PPBM menjerit “mana hak kami”, “ini tidak adil”, “boikot” dan ‘hidup Tun”.
Difahamkan PPBM diberikan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang untuk pilihan raya akan datang.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau difahamkan PH boleh menguasai Negeri Sembilan pada pilihan raya kali ini.
“Tapi dengan (kekecohan) ini saya pun tak tahulah (sama ada boleh menang atau sebaliknya)...saya pun tak sangka,” katanya presiden PH seperti dilapor Bernama.
Ekoran kekecohan itu, konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang, ditamatkan serta-merta.
Sumber PPBM kecoh, Wan Azizah tidak yakin PH menang