Judul : Enggan serah wang, wanita bimbang video bogel tersebar
link : Enggan serah wang, wanita bimbang video bogel tersebar
Enggan serah wang, wanita bimbang video bogel tersebar
Wanita itu berkata telah kerugian RM40,000 sejak berkenalan dengan lelaki tersebut. — Reuters picIPOH, 28 Jan — Seorang pembantu kerani di sini bimbang apabila lelaki Amerika Syarikat (AS) yang dikenali melalui WeChat mengancam menyebarkan video dan gambar bogelnya.
Wanita yang mahu dikenali Amy, 24, berkata ugutan tersebut dibuat berikutan keengganannya memberikan wang berjumlah RM12,000, lapor Harian Metro.
“Saya mengatakan tiada lagi duit, namun lelaki itu menggugut ingin menyebarkan gambar bogel saya.
“Sepanjang berkenalan di alam maya dengan lelaki itu, saya ada menghantar dua gambar dalam keadaan tidak berpakaian kepadanya.
“Selain turut membuat panggilan video ketika berada dalam keadaan sama,” kata wanita dari Taman Meru Jaya itu.
Menurut Amy, dia mengenali Morgan Deavour, 35, di laman sosial September lalu dan kerugian RM40,000 akibat membantu suspek atas pelbagai urusan.
Amy membuat dua laporan polis pada 13 dan 22 Januari lalu, berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.
Sumber Enggan serah wang, wanita bimbang video bogel tersebar