Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui

Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui
link : Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui

Baca juga


Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui

BATU PAHAT: Mayat warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi.

Mangsa, Syukri Masran@Maseran, 72, ditemui pasukan skuba Bomba dan Penyelamat kira-kira 200 meter dari Jeti Sungai Simpang Kiri, Seri Medan, dekat sini kira-kira jam 3.52 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Asroy Mohd Yahaya, berkata mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai ketika sedang membuka ikatan sampannya di jeti berkenaan.

Katanya, sampan mangsa pula ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira satu kilometer dari jeti berkenaan dipercayai dihanyutkan arus sungai.

Mayat warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi. - Foto ihsan APM

"Seramai 10 anggota daripada pasukan Skuba Bomba Johor Bahru terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama kira-kira 11 jam yang bermula sejak jam 9.38 malam tadi sehingga mayat ditemui jam 3.52 petang tadi.

"Anggota skuba bomba menggunakan peralatan khas bagi mencari mangsa sehingga akhirnya mayat mangsa timbul di permukaan sungai.

"Turut membantu operasi SAR ini adalah 10 anggota Bomba dan Penyelamat Yong Peng, 13 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Mayat warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, yang hilang ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam, ditemui petang tadi. - Foto ihsan APM

Mohd Asroy berkata, sebuah jentera Bomba dan Penyelamat Yong Peng bersama dua bot serta sebuah pacuan empat roda digunakan dalam operasi SAR yang berakhir jam 5 petang tadi.

Pagi tadi, BH Online melaporkan warga tua berkenaan yang pergi memancing seorang diri itu hilang selepas keluar rumah pada jam 5.30 petang serta gagal menjawab panggilan ke telefon bimbitnya.

Motosikal mangsa ditemui penduduk kampung di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sungai malah telefon bimbit serta rokok milik mangsa turut ditemui di sebarang sungai kawasan tempat memancing mangsa dipercayai hilang.



Sumber Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui


Demikianlah Artikel Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui

Sekianlah artikel Mayat warga tua hilang ketika memancing ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.