RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor

RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor
link : RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor

Baca juga


RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor

KLANG: Penghuni di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera, di sini, bakal menikmati persekitaran yang lebih selesa dengan penyaluran peruntukan RM2.2 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, berkata ia termasuk bagi pembinaan gelanggang futsal berbumbung; pemasangan pagar bagi memisahkan kawasan pangsapuri dan kilang serta penambahbaikan surau.

"Usaha ini adalah sebahagian daripada matlamat kita untuk memastikan rakyat yang tinggal di kawasan bertingkat di Selangor mendapat kemudahan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera, di sini, hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar (dua kiri) bersama penduduk melihat keadaan sekeliling Pangsapuri Sri Ayu dalam Program Lawatan Kerja ke Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera. - Foto Roslin Mat Tahir

Pada masa sama, Noh turut membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

"Kita sudah beri dua penggal untuk dia, tapi masih gagal, jadi cukup-cukuplah kita percaya kepadanya," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Hasnul Azim Mokhtar, 35, menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk membina gelanggang futsal berbumbung bagi penduduk kediaman terbabit.

Katanya, ia membolehkan belia di situ memanfaatkan masa terluang dengan aktiviti beriadah.

"Saya gembira dan bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan membantu menyediakan gelanggang futsal yang sememangnya ditunggu penduduk di flat ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar (tengah) bersalam bersama penduduk dalam Program Lawatan Kerja ke Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera. - Foto Roslin Mat Tahir

"Kos pembinaan yang agak tinggi menyebabkan hasrat ini terpaksa ditangguhkan kerana tiada pihak yang sanggup membiayainya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (JMB) Pangsapuri Sri Ayu, Kamarulzaman Masri, berkata penduduk seharusnya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan KPKT kerana menyediakan peruntukan yang besar untuk penghuni.



Sumber RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor


Demikianlah Artikel RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor

Sekianlah artikel RM2.2j tingkat keselesaan penghuni di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.