Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula

Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula
link : Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula

Baca juga


Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula

SHAH ALAM: Pihak pendakwaan dalam kes bunuh lelaki warga Korea Utara Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam) mengemukakan kepada mahkamah rakaman video lakonan semula seorang tertuduh wanita di lokasi kejadian.

Rakaman video yang dipaparkan melalui Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh pertama warga Indonesia Siti Aisyah berada di Restoran Bibik Heritage dengan tangannya bergari diiringi beberapa anggota polis wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali mengemukakan rakaman video itu sebagai barang bukti ketika sesi pemeriksaan utama terhadap saksi pendakwaan ke-28, pengawal keselamatan klia2 K Govulan.

Bagaimanapun ia dibantah oleh peguam Gooi Soon Seng mewakili Siti Aisyah, dengan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya sebelum ini sudah dimaklumkan rakaman CCTV lakonan semula itu tidak akan digunakan sebagai barang bukti kerana ia dibuat selepas kedua-dua tertuduh ditahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudian bangun dan memberitahu mahkamah, saksi itu perlu disoal mengenai rakaman CCTV berkenaan kerana beliau yang bertanggungjawab menyediakannya serta menyerahkan kepada pegawai penyiasat.

"Kita boleh memainkan rakaman dan membuat keputusan kemudian sama ada boleh diterima atau sebaliknya," katanya.

Siti Aisyah, yang dibicarakan berhubungan pembunuhan Kim Jong Nam, diiringi pegawai polis ketika dia tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Foto REUTERS

Bagaimanapun Soon Seng menegaskan bahawa jika pihak pendakwaan hendak memainkan keseluruhan rakaman lakonan semula itu, pihaknya akan memohon kepada mahkamah untuk menjalankan 'bicara dalam perbicaraan' berhubung bukti itu.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin kemudian membenarkan bantahan Soon Seng supaya rakaman itu tidak dimainkan dan diterima sebagai barang bukti.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Muhamad Iskandar Ahmad memberitahu mahkamah, hanya lima lagi saksi akan dipanggil memberikan keterangan dalam kes perbicaraan berprofil tinggi itu.

Perbicaraan bersambung esok.



Sumber Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula


Demikianlah Artikel Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula

Sekianlah artikel Hakim tak benar rakaman CCTV lakonan semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.