Judul : Masuk kolam betulkan jala, lelaki tak ‘muncul-muncul’
link : Masuk kolam betulkan jala, lelaki tak ‘muncul-muncul’
Masuk kolam betulkan jala, lelaki tak ‘muncul-muncul’
Mayat seorang lelaki yang lemas ketika menjala di sebuah kolam terbiar dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat. — Paparan skrin GoogleNILAI, 1 Dis — Seorang pemuda lemas ketika cuba membetulkan jalanya yang tersangkut di dalam sebuah kolam terbiar berhampiran Kampung Masjid Lenggeng, dekat sini, petang tadi.
Ketua polis daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata semasa kejadian mangsa Ghazlan Johari, 24, sedang menjala ikan di kolam tersebut bersama dua rakannya.
“Kira-kira pukul 2 petang semasa sedang menjala, mangsa mendapati jalanya telah tersangkut di dalam kolam.
“Dia masuk ke dalam kolam untuk membetulkannya namun kelibatnya tidak muncul-muncul selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Zaldino berkata mayat mangsa ditemui pada pukul 4.45 petang oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Mantin.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk dibedah siasat. — Bernama
Sumber Masuk kolam betulkan jala, lelaki tak ‘muncul-muncul’