Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham
link : Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

Baca juga


Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

LELAKI berusia 52 tahun cedera di beberapa anggota badan akibat dipukul dengan rotan bersaiz besar sebanyak 10 kali oleh jirannya dalam satu insiden perselisihan faham di rumah mangsa di Jalan Jarak, Klang, Rabu lalu.

 

Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

 

 

Difahamkan, mangsa terpaksa dirawat di hospital kerana cedera di bahu, paha, punggung, dan betis selepas dengan rotan sepanjang hampir satu meter itu.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi lebih seminit yang memaparkan mangsa dimaki dan dipukul seorang lelaki sambil disaksikan seorang kanak-kanak dan wanita yang menangis teresak-esak.

Sumber berkata, kejadian berlaku selepas mangsa dipercayai memarahi seorang lelaki berusia 60 tahun di hadapan rumah itu ketika dia bertengkar dengan isterinya pada jam 3.15 petang.

“Tidak lama kemudian, seorang lelaki (suspek) yang tinggal berdekatan datang dan memukul mangsa dengan rotan yang diambil dari rumah berkenaan. Ia berikutan mangsa memaki hamun lelaki yang juga rakan karib bapa suspek.

“Kejadian itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh seorang lelaki dipercayai rakan suspek lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook (FB),” katanya.

Menurutnya, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, sebelum tampil membuat laporan polis kelmarin.

Kata sumber itu, hasil pemeriksaan mendapati suspek tiada di rumahnya dan polis merampas rotan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera menggunakan barang berbahaya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan termasuk mengesan suspek berkenaan.

 

 

 

 

Sumber: Metro



Sumber Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham


Demikianlah Artikel Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham

Sekianlah artikel Video: Lelaki 52 tahun cedera dipukul rotan bersaiz besar oleh jirannya dalam satu perselisihan faham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: