Judul : Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal
link : Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal
Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal
PETALING JAYA, 27 Sept — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan(Jaheaik) menghukum lelaki berseluar pendek tanpa pilih kasih.
Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal
Ketua penguatkuasanya menganggap tindakan kontroversi itu amalan biasa bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, lapor Free Malaysia Today.
“Rutin biasanya kita buat bersama Agensi Dadah Kebangsaan (AADK), polis, Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.
“[…] dan kita buat secara berskala tanpa pilih kasih ketika melakukan operasi,” kata Mohamad Fadzuli Mohd Zain kepada portal itu.
Kelmarin Wan Khairul Hayyee Wali, 30, menerima notis bahawa beliau melanggar undang-undang syariah kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.
Beliau dikenakan tindakan itu ketika membeli makanan di depan Akademi JPJ Wilayah Timur di Kota Baru pada jam 10.45 malam.
Notis itu menyebut beliau melanggar Seksyen 5 enakmen tersebut dan diarahkan menghadiri sesi kaunseling bulan depan.
Jika gagal berbuat demikian, lelaki itu berdepan risiko denda RM1,000.
Menurut AFP pula, Mohamad Fadzuli berkata seramai 11 orang termasuk Wan Khairul ditahan Isnin lalu atas kesalahan berpakaian tidak sopan.
Turut dikenakan tindakan empat wanita yang berpakaian ketat, tambahnya.
Sumber Tak pilih kasih, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan pertahan tindakan saman lelaki berseluar pendek ketika mahu bermain futsal