Judul : Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini
link : Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini
Kondom Perisa Nasi Lemak Dilancar Hujung Tahun Ini
Jika sebelum ini nasi lemak biasanya menjadi pilihan utama sarapan di Malaysia, nampaknya kini sebuah syarikat kondom, Karex, melangkah setapak lagi ke hadapan apabila hadir dengan kondom perisa nasi lemak. Untuk pengetahuan anda, ini bukan iklan berbayar.
BACA: Nasi Lemak Lobster Gegarkan Singapura
Karex dalam kenyataanya kepada The Malaysian Insight, menyatakan bahawa mereka cuba membawakan rasa sensasi ‘pedas’ sambal nasi lemak dan juga rasa panas terhadap kondom tersebut.
Untuk mendapatkan perisa nasi lemak tersebut, syarikat yang mengeluarkan 5 billion kondom setahun ini terlebih dahulu melakukan ujikaji selama enam bulan bagi mendapatkan ‘rasa’ yang sesuai.
Selain itu, kondom perisa Nasi Lemak ini juga akan datang dengan bilangan terhad menjelang penghujung tahun ini (sekitar November atau Disember).
Tidak dapat kami bayangkan bagaimana rasanya kondom perisa nasi lemak ini. Namun adakah dengan kejayaan menghasilkan kondom berperisa tempatan ini akan membuatkan perisa lain seperti cendol, nasi kandar dan sebagainya akan turut dihasilkan pada masa akan datang?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram