Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya

Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya
link : Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya

Baca juga


Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya

#1-Sejarah Penubuhan Gucci.

Related image

Gucci, merupakan jenama fesyen popular dunia yang diasaskan oleh Guccio Gucci pada tahun 1920. Dia merupakan seorang imigran di Paris yang kemudiannya berhijrah ke London. Dia berasal dari Florence dan dilahirkan pada tahun 1881.

Pengasas kepada jenama ini pernah bekerja di hotel-hotel besar dan sentiasa berasa kagum dengan koleksi beg-beg yang dibawa oleh para pelanggan hotel tersebut.

Gucci membuka kedai pertamanya ditempat kelahirannya sendiri pada tahun 1921. Kemudian dia membuka cawangan di Rom pada tahun 1938, dan di Milan pada tahun 1951.

Dia telah menjadi pelopor kepada fesyen Itali yang popular pada ketika itu dan membuka cawangan kedai baharu di New York.

#2-Gucci Meraih Populariti Yang Tinggi.

Related image

Pada tahun 1961, Gucci telah mengeluarkan ‘scarf’ bercorak flora yang direka khas untuk Puteri Raja Monaco.

Beberapa tahun kemudian, mereka melebarkan sayap dalam bidang kosmetik dengan menghasilkan minyak wangi bermula pada tahun 1975.

Pada tahun 1989, InvestCorp telah membeli 50% daripada saham Gucci. Bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka, seorang pereka dari Amerika Syarikat, Tom Ford telah dilantik bagi variasi fesyen mereka.

Bermula pada tahun 2000 mereka memulakan era koleksi beg mereka sendiri. Percaya atau tidak, mereka hanya memulakan iklan televisyen mereka yang pertama pada tahun 2007.

Gucci sememangnya telah terinspirasi dengan gaya hidup mewah orang lain. Dia telah membuat keputusan untuk menjalani hidup mewah dengan rekaan seni dan fesyen.

Oleh itu, dia mula bekerjasama dengan artis dari Tuscan. Dia mula menjual beg kulit kepada golongan yang berkuda. Setelah tempoh jangka masa tertentu, beg kulit tersebut bertukar menjadi beg mewah.

Gucci bersama-sama dengan dua orang anaknya telah berusaha mengembangkan perusahaan dan membuka syarikat. Mereka serius dan komited untuk menghasikan produk kulit yang berkualiti dijual di outlet-outlet Gucci.

#3-Gucci Sedia Untuk Menguasai Pasaran Global.

Image result for gucci founder

Jenama ini telah menjadi popular dan berjaya. Setiap produk mempunyai logo syarikat yang diinspirasikan daripada pelanggan.

Kebanyakkan pelanggan adalah mereka yang suka berkuda. Logo Gucci buat pertama kalinya digunakan dengan material kulit.

Selepas itu, Gucci mula bereksperimen dengan pelbagai jenis material lain untuk keluaran produk tersebut.

Salah satu koleksi mereka yang terbaik direka oleh adalah koleksi ‘Bamboo bag’. ‘The Bamboo’ telah banyak menginspirasikan corak bagi Gucci untuk tempoh masa yang lama.

Pada tahun 1950, mereka mendapat inspirasi untuk menggunakan warna merah dan hijau sebagai ‘trademark’ syarikat. Penggunaan jalur dua warna ini telah digunakan untuk banyak prosuk keluaran syarikat-syarikat ini.

Selepas kematian pengasasnya, anak-anaknya telah mengambil alih perusahaan tersebut. Mereka membuka outlet Gucci di seluruh dunia dan membuat pencapaian jualan yang tinggi.

Prouk-produk Gucci sememangnya direka dan dikenali kerana stail dan rekaannya yang unik. Gucci berterusan untuk membuka lebih banyak outlet di London dan USA pada tahun 1960.

Jenama ini bukan sahaja terkenal dengan kesenian Itali akan tetapi disukai ramai kerana stail fesyen yang unik. Gucci mula menyambung rekaan yang baru dan stail produk yang baru bagi memenuhi keperluan semasa.

#4-Gucci Kekal Sebagai Jenama Yang Berkualiti.

Related image

Sehingga kini, Gucci adalah jenama termahal di dunia bagi kategori barangan yang berkualiti. Ia merupakan jenama yang terbesar di Itali dan mereka mempunyai lebih kurang 270 outlet Gucci diseluruh dunia.

Jenama ini juga dikira sebagai jenama yang berkualiti sepanjang masa merentasi dunia.

Gucci juga turut mempunyai jenama pakaian dan aksesori kanak-kanaknya sendiri. Syarikat ini memulakan koleksi baharu pada tahun 2010.

Koleksi hanya boleh didapati di 40 outlet sahaja di seluruh dunia. Gucci juga turut bekerjasama dengan UNICEF sejak tahun 2005 dan mendermakan beberapa peratusan hasil jualan mereka kepada UNICEF.

Gucci telah mencatat rekod mereka tersendiri apabila telah mengeluarkan seluar jeans yang termahal didunia.

Jeans ini dipanggil sebagai Genius Jeans dan The Gunnies World Records telah mengiktiraf seluar ini sebagai seluar termahal di dunia. Namun rekod ini telah ditandingi oleh syarikat Levi Strauss & Co.



Sumber Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya


Demikianlah Artikel Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya

Sekianlah artikel Kisah Lelaki Gucci: Usahakan Gaya Hidup Mewah Yang Diidam Sehingga Berjaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: