FAM perlu anjur liga bola sepak pantai

FAM perlu anjur liga bola sepak pantai - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang FAM perlu anjur liga bola sepak pantai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FAM perlu anjur liga bola sepak pantai
link : FAM perlu anjur liga bola sepak pantai

Baca juga


FAM perlu anjur liga bola sepak pantai

KUALA LUMPUR: Sudah sampai masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganjurkan liga bola sepak pantai dalam usaha memperkasa sukan terbabit di negara ini.

Jurulatih skuad bola sepak pantai negara, Saiful Mohd Noor berkata ini berikutan pasukan itu memiliki potensi yang besar dan mampu pergi lebih jauh jika FAM benar-benar serius bagi mengangkat martabat sukan terbabit.

"Meskipun berdepan beberapa kekangan, kita berjaya meraih pencapaian yang memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini contoh, menjadi juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2014 dan tempat ketiga Kejohanan Lima Penjuru Bola Sepak Pantai Thailand, Februari lalu.

"Pencapaian ini membuktikan betapa pasukan ini ada potensi yang besar dan jika pendekatan yang lebih serius diambil, sudah pasti kita mampu menjadi antara pencabar dalam bola sepak pantai di rantau ini.

"Malah, Thailand dan Jepun juga sudah memulakan langkah untuk menganjurkan bola sepak pantai membabitkan penyertaan 12 pasukan, jadi saya melihat mungkin sudah tiba masanya untuk kita turut mengambil pendekatan yang sama," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), hari ini.

SKUAD bola sepak pantai kebangsaan muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan ke-2 di Busan, Korea Selatan. - Foto Luqman Hakim Zubir

Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan ke-2 di Busan, Korea Selatan selepas meraih kemenangan 6-3 ke atas pencabarnya, Awesome dari China pada aksi final, kelmarin.

Anak buah Saiful itu menempah tiket final selepas mengatasi BSC Akashiareia dari Jepun pada separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3, selepas terikat 4-4 pada aksi sepenuh masa.

Dalam masa sama, Saiful mengakui setiap pasukan berdepan masalah untuk menjalani latihan memandangkan permukaan latihan yang memerlukan kawasan pantai yang berpasir dan jauh berbeza berbanding bola sepak padang dan futsal.

"Saya tahu kebanyakan negeri tiada pantai yang sesuai untuk dijadikan gelanggang tetapi kita boleh membina gelanggang menggunakan pasir buatan seperti yang ada di UiTM Shah Alam," katanya.



Sumber FAM perlu anjur liga bola sepak pantai


Demikianlah Artikel FAM perlu anjur liga bola sepak pantai

Sekianlah artikel FAM perlu anjur liga bola sepak pantai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: