Judul : Ditahan semalaman, Mustafa Akyol akhirnya dibebas
link : Ditahan semalaman, Mustafa Akyol akhirnya dibebas
Ditahan semalaman, Mustafa Akyol akhirnya dibebas
Mustafa Akyol dibebaskan petang ini selepas ditahan di lapangan terbang KLIA petang semalam. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, Sept 26 ― Wartawan Turki Mustafa Akyol dibebaskan petang ini selepas semalaman disoal siasat pihak berkuasa agama berhubung syarahannya.
Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph berkata penulis itu disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di balai polis Jalan Travers, pagi ini.
Mustafa yang juga seorang kolumnis didakwa memberi syarahan tanpa tauliah daripada Jawi.
"Beliau sudah dibebaskan," kata Jerald kepada Malay Mail Online.
"Beliau tertekan dan mahu meninggalkan negara ini secepat mungkin."
Mustafa dijadual pulang ke Turki 11.35 malam sebelum ditahan di kaunter 17 balai berlepas lapangan terbang KLIA kira-kira jam 9 malam tadi.
Beliau berada di negara ini bagi menyampaikan syarahan bertajuk “The Islamic Jesus: The Commonalities Between Judaism, Christianity and Islam”
Acara itu dijadual berlangsung di Nottingham University Malaysia pada 2.30 petang semalam, namun dibatal selepas Akyol dipanggil Jawi pada Ahad.
* Baca seterusnya di Malay Mail Online.
Sumber Ditahan semalaman, Mustafa Akyol akhirnya dibebas