“Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak

“Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak
link : “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak

Baca juga


“Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak

Salleh berkata rakyat muak dengan politik kebencian sebegitu kerana apa yang didambakan ialah politik matang dan strategi kempen beradab. — Foto Bernama

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkang yang menggunakan bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga mempersoalkan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.

“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluarkan fatwa berdosa mengundi PAS dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelarkan orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggariskan hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Saya fikir itu lebih beradab daripada menggelarkan sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembirakan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.

Bagaimanapun, kata Salleh andaian itu salah dan strategi politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.

“Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunakan isu dan strategi kempen yang beradab.

“Politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat,” katanya. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak


Demikianlah Artikel “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak

Sekianlah artikel “Boleh kritik BN tapi jangan mencarut” – Salleh Said Keruak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: