Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara

Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara
link : Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara

Baca juga


Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara

Anwar Ibrahim kemalangan

Anwar Ibrahim kemalangan

Konvoi yang membawa pegawai Jabatan Penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dekat Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sivarasa berkata, insiden berlaku selepas pegawai penjara yang memandu kereta bagi membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan.

Tambahnya, kereta yang membawa Anwar mengalami kerosakan.

Bagaimanapun kata Sivarasa, Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 2015 bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Usaha mStar Online setakat ini untuk mendapat kenyataan berhubung kejadian daripada Jabatan Penjara tidak berjaya.

Sumber: Mstar



Sumber Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara


Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara

Sekianlah artikel Anwar Ibrahim kemalangan ketika balik ke penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: