Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita

Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita
link : Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita

Baca juga


Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita

PESERTA program Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima iaitu Alicia Amin yang beraksi separuh bogel bersedia menerima segala kritikan sejak usianya 16 tahun lagi.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22, berkata dia perlu berani untuk berhadapan dengan setiap cabaran terhadap tindakan dilakukannya.

“Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi.

“Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki,” kata Alicia kepada mStar Online.

 

Baru-baru ini, Alicia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dikecam teruk di media sosial gara-gara dia tampil bergambar seolah-olah berbogel untuk sebuah laman sesawang bagi menjual pakaian dalam wanita.

Sesi fotografi tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret

Bagaimanapun, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.

“Saya berharap netizen  mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan.

“Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.

“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan karier seninya, Alicia ingin mengambil kelas lakonan untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang tersebut.

Model Kacukan Melayu-Jerman ini juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

“Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.

“Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu,” kata Alicia.

Meh Sandar Lagi  terbitan Zeel Production disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 7 malam di TV3.

Sumber: MStar



Sumber Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita


Demikianlah Artikel Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita

Sekianlah artikel Alicia Amin beraksi separuh bogel demi perjuang hak wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: