Judul : Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan
link : Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan
Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan
PERSONALITI televisyen yang menjadi bualan ramai kebelakangan ini, Nazrudin Rahman, memohon maaf kerana menggunakan perkataan bangsat untuk mengkritik insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.Menerusi kemas kini status di Twitter, Nazrudin mengakui perkataan itu agak keterlaluan, sekalipun ia ditujukan kepada kenyataan yang dikeluarkan pengetua pusat tahfiz itu, dan bukannya menyelar peribadi pengetua terbabit.
Katanya, ia satu kekhilafan di pihaknya kerana menulis dalam keadaan marah.Naz, atau Abang Naz, bagaimanapun tetap dengan pendirian bahawa isu keselamatan perlu diteliti dan diambil berat oleh pihak-pihak berwajib, malah berpendapat, kehilangan nyawa mungkin boleh dikurangkan jika pusat tahfiz berkenaan dilengkapi sistem keselamatan yang sepatutnya.
Tambahnya, pelajar tahfiz merupakan ahli kitab yang sepatutnya dihargai dan salah satu cara untuk menunjukkan perhargaan itu adalah menerusi kebajikan mereka.
"Kalau ahli kitab diibaratkan sebagai permata di atas takhta Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi yang terbaik," tulis Naz.
Sumber Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan
Demikianlah Artikel Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan
Sekianlah artikel Akui khilaf terkasar bahasa, Abang Naz harap ia bukan penamat isu keselamatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.