Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam

Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam
link : Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam

Baca juga


Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam

Kerajaan Kedah menafikan pemberian bonus tiga bulan gaji bersempena Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 penjawat awam negeri ini seperti yang tular di media sosial sejak Sabtu.

Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan penyebaran kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan ia tidak lebih untuk memburukkan imej kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Ini tak logik dan tak rasional langsung. Negeri lain pun tak bagi, Selangor pun dua bulan setengah. Mereka yang buat kenyataan ini tidak patut buat dalam bulan puasa ni, Tidak pernah berlaku pun dalam sejarah di Kedah ini (bagi tiga bulan bonus),” katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan buat balu, anak yatim dan anak istimewa warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, Ahad.

Seramai 109 balu, 75 anak yatim dan 36 anak istimewa menerima bungkusan hamper makanan dan duit raya yang disumbangkan Pejabat Menteri Besar Kedah.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, setakat ini kerajaan negeri bersetuju memberi bonus RM500 kepada penjawat awam negeri yang akan diumumkan secara rasmi selepas mesyuarat Exco pada 14 Jun ini.

“Kita akan ikut apa yang diumumkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan ikut RM500 dan juga pesara RM250. Apa pun perincian, kita akan umum lepas mesyuarat exco akan datang dan pembayaran akan dibuat sebelum Syawal.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.4 juta bagi menyediakan bantuan hari Raya kepada tok mudim kampung, guru Al-Quran , tukang mandi jenazah, dan bidan kampung,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meraikan mereka dalam satu majlis berbuka puasa dan setiap daripada mereka akan menerima sumbangan RM200 seorang. – Bernama
Sumber: MStar



Sumber Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam


Demikianlah Artikel Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam

Sekianlah artikel Kerajaan Kedah nafi beri bonus raya 3 bulan gaji kepada penjawat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :